Memaparkan catatan dengan label soalan untuk pekerja dari rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label soalan untuk pekerja dari rumah. Papar semua catatan

Khamis, 28 Jun 2018

Soalan yang sering ditanyakan apabila mula kerja dari rumah


Awal pagi, kemas rumah. Bersihkan apa-apa yang patut. 


Sampah yang ada, kumpulkan dan masukkan dalam satu beg, lepas tu bawak pergi buang dekat tempat pembuangan sampah yang disediakan. 


Bila nak pergi buang sampah ni... kadang-kadang akan terserempak dengan jiran-jiran yang peramah. 


Soalan biasa yang akan ditanya... 


"Tak kerja ke hari ni?" 

"Cuti ke hari ni?" 

 
Alahai... orang kita masih tak biasa dengan orang yang bekerja dari rumah. Kalau tengok selalu sangat ada kat rumah, terus dia ingat orang tu tak bekerja. 


Saya rasa, dah agak lama jugak saya tinggalkan baju kemeja dan blazer. Itu bukan lagi pakaian harian saya untuk bekerja. 


Kadang-kadang, (and most of the time) saya hanya berkain pelikat je bila buat kerja. For me, asalkan ada laptop dan internet yang cukup pantas, saya dah boleh buat kerja.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...