Bagaimana kita boleh mengetahui sama ada bekerja dari rumah adalah baik dan sesuai untuk kita atau sebaliknya?
Saya berpendapat kerja dari rumah ini, bukan untuk semua orang.
Ada orang memang sesuai dan mungkin kita boleh katakan dia memang dilahirkan untuk bekerja sendiri dari rumah. Sama ada dia bermula sebagai seorang yang berstatus self-employed atau terus jadi business person.
Apa beza antara dua ni, iaitu self-employed dengan business person?

Saya punya pendapat la kan, bezanya adalah sama ada mereka ini ada modal untuk menjalankan operasi mereka ataupun tidak. Jika ada modal tapi tak banyak, ataupun memang tak ada modal, dia akan bermula sebagai seorang yang self-employed atau bekerja sendiri.



