Lebih kurang 5 bulan dah berlalu, sejak rumah saya diserang dengan kutu kucing.
Kutu-kutu ini pada awalnya hanya terdapat pada badan kucing sahaja. Tapi lama-kelamaan ia membiak dan jadi makin banyak, sehingga boleh nampak kelibat kutu-kutu ini semua atas lantai.
Sewaktu kutu ini cuma berada pada badan kucing sahaja, saya akan sikat bulu-bulu kucing ini semua menggunakan sikat kutu.
Kalau nak bunuh kutu tersebut sambil sikat, memang tak sempat. Jadi apa yang saya boleh buat adalah lemaskan kutu-kutu tersebut dalam bekas berisi air.
Untuk memudahkan kutu jatuh terus ke dasar bekas, letak sedikit air sabun pada permukaan air. Semasa kutu meronta-ronta cuba nak keluar dari bekas air, dia akan terus tenggelam ke dasar.


