Memaparkan catatan dengan label cara selesaikan masalah kutu kucing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara selesaikan masalah kutu kucing. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Mac 2019

Pengalaman menyelesaikan masalah kutu kucing yang banyak di rumah


Lebih kurang 5 bulan dah berlalu, sejak rumah saya diserang dengan kutu kucing. 


Kutu-kutu ini pada awalnya hanya terdapat pada badan kucing sahaja. Tapi lama-kelamaan ia membiak dan jadi makin banyak, sehingga boleh nampak kelibat kutu-kutu ini semua atas lantai. 


Sewaktu kutu ini cuma berada pada badan kucing sahaja, saya akan sikat bulu-bulu kucing ini semua menggunakan sikat kutu. 


 
Setiap kali sikat, bolehlah dapat dalam dua atau tiga ekor kutu. Kutu yang berjaya disikat keluar tu pula, saya akan cepat-cepat masukkan dalam bekas yang saya telah isi dengan air. 


Kalau nak bunuh kutu tersebut sambil sikat, memang tak sempat. Jadi apa yang saya boleh buat adalah lemaskan kutu-kutu tersebut dalam bekas berisi air


Untuk memudahkan kutu jatuh terus ke dasar bekas, letak sedikit air sabun pada permukaan air. Semasa kutu meronta-ronta cuba nak keluar dari bekas air, dia akan terus tenggelam ke dasar. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...