Memaparkan catatan dengan label jobdirumah betul ke. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jobdirumah betul ke. Papar semua catatan

Selasa, 21 Oktober 2014

Jobdirumah Ni Boleh Dipercayai ke?

Laman web jobdirumah adalah merupakan sebuah laman web yang menjual panduan yang mengajar pembelinya bagaimana cara SEBENAR untuk bekerja dari rumah.

Ada ramai orang yang teringin nak bekerja hanya dari rumah. 

Bekerja... bukannya berniaga. Terdapat banyak kekosongan jawatan yang boleh dipohon merangkumi kerja-kerja seperti menaip, menulis artikel, mereka bentuk laman web, pengatur caraan komputer dan sebagainya. 

Selagi mana sesuatu pekerjaan itu boleh dijalankan menggunakan komputer, dan anda mempunya sambungan internet, maka selagi itu anda boleh bekerja dan menghantar hasil kerja anda kepada majikan anda. 

Sama ada pada waktu tu anda berada di rumah, ataupun anda berada di mana-mana kawasan yang mempunyai liputan internet. 

Laman web panduan Jobdirumah ini adalah dimiliki oleh Kliks Solution.

Mengenai Jobdirumah.com:
jobdirumah.com merupakan penyedia khidmat latihan asas dan sumber pekerjaan alternatif pada yang berminat. Perkhidmatan yang disediakan adalah panduan dalam bentuk penerangan bertulis dan video tutorial tentang bagaimana, cara apa, dan di mana hendak mencari kerja di rumah dari sumber - sumber yang betul.

Untuk kemudahan ahli, Jobdirumah.com akan menolong mencari kekosongan baru dan mengemas kini di laman web secara percuma. Jika ada kerja yang ahli fikirkan sesuai dgn kemahiran, ahli boleh buat permohonan kepada majikan.

Mengenai Kliks Solution:
Di daftarkan dengan SSM atas nama Kliks Solution pada 30/4/2008 di Kuala Lumpur.

Bekerja 100% di rumah dan tidak mempunyai pejabat & tidak pernah bercadang untuk mempunyai pejabat pada masa depan kerana ia lebih kos efektif dan mengunakan konsep kebebasan bekerja di rumah tanpa perlu mengikut protokol kerja biasa.

Nama Perniagaan: Kliks Solution

No Pendaftaran: 001762546-A

Adakah Jobdirumah menipu pelanggan dan klien yang pernah berurusan dengan mereka?

Ini adalah bukti bayaran terbaru yang saya terima ketika menulis catatan ini. 



Bayaran daripada pihak Kliks Solution kerana saya membantu mempromosikan program Panduan Jobdirumah hasil keluaran syarikat mereka. 

Jika program ini menipu, dah tentu saya juga tak mahu bersubahat mempromosikan produk atau program yang menipu.

Anda perlu tahu apa yang anda beli

Disebabkan saya tahu apa yang saya promosikan, barulah saya beriya-iya mempromosikan program ini. 

Secara ringkasnya, jobdirumah ini amat sesuai untuk mereka yang berhasrat untuk bekerja dari rumah sebagai seorang freelancer atau pekerja bebas.

Anda boleh juga baca artikel-artikel saya yang terdahulu tentang jobdirumah. 

Pihak jobdirumah hanya menyediakan panduan bagaimana untuk bekerja hanya dari rumah dan bukannya menyediakan sebarang peluang pekerjaan. Selepas anda dapatkan panduan ini, anda aplikasikan sendiri dengan memohon pekerjaan di laman web majikan. 

Jika anda berjaya dapat bekerja, tahniah dan jika tak dapat sebarang kerja, cuba lagi. 

Cuba dan terus mencuba. 

Cuba mohon dengan majikan lain pula. 

  

 

Rabu, 21 Mei 2014

Pengalaman Kerja Dirumah

Ada macam-macam kerja yang anda boleh buat hanya dari rumah. 

Syarat utama, jika anda nak tiru apa yang saya buat, anda kena ada komputer atau laptop dan wajib ada sambungan internet. 

Pengalaman kerja dirumah yang saya pernah lalui dan masih lagi buat sampai sekarang ialah kerja menaip. 

Nak tau apa yang saya taip? 

Saya taip artikel.

Ini betul-betul berlaku. Saya tak reka-reka cerita ok. Ini pula adalah artikel yang saya taip dan seterusnya saya siarkan di laman blog saya sendiri. 

Tajuk artikel tarik audience dengan ayat power

Setengah orang gelarkan apa yang saya buat ini dengan nama advertorial. Saya dibayar untuk hasilkan artikel untuk klien. 

Tujuan sesuatu artikel tu dihasilkan pula sama ada untuk tujuan memperkenalkan bisnes, jenama atau untuk perkenalkan pemilik perniagaan.

Bergantung pada klien tu juga, nak saya taip artikel apa. 

Susah ke nak buat apa yang saya buat ni? 

Taip artikel... senang. 

Ok, bergantung pada job, ada yang jenis senang kacang, ada jugak yang jenis susah.

Nak tau apa bahagian yang paling susah sebenarnya? 

Ini dia.

Marketing. Itu yang paling susah. Marketing yang baik akan memastikan anda sentiasa ada job untuk dilakukan dirumah. 

Marketing anda tip top, job yang anda bakal dapat memang lumayan! 

Anda slack bab marketing, maka job susah nak dapat. 

Dah tentu kita nak sentiasa ada job, kan? Bila kita sentiasa ada job, maka dari situ kita akan sentiasa ada income. Logik r kan. 

Tak ada job mana nak datang income tu kan. 

Maka kat sinilah datangnya peranan jobdirumah

Jobdirumah ini menghimpunkan kerja-kerja kosong yang boleh kita apply dari rumah. Kerja tu pulak ada macam-macam, dan sepanjang pemerhatian saya, kerja tak akan habis. 

Cuma satu perkara yang anda perlu pertimbangkan dan lihat dengan wajar. 

Sama ada sesuatu job tu sesuai atau tidak dengan anda. Tak boleh jugak kalau nak main sebat semua job kalau akhirnya anda sendiri blur dan tak tau macam mana nak selesaikan sesuatu job tu. 


Itu cerita lain. 

Saya tak mau anda terpesong. 

Orang yang langgan perkhidmatan dari jobdirumah, sebab mereka faham, kalau cari kerja sendiri pasti susah nak dapat (kalau tak pandai buat marketing)

Sebagai short cut, ada baiknya anda hanya guna sahaja kemudahan yang dah disediakan oleh pihak jobdirumah. 

Hanya perlu gunakan search engine yang mereka dah sediakan untuk anda cari kerja kosong tersebut. 

Saya tahu ada beberapa yang anda masih tak faham, sebab tu jobdirumah diwujudkan. 

Mereka akan beri penerangan untuk beri pencerahan kepada anda. 

Senang kata, jobdirumah adalah shortcut untuk kejayaan anda dan untuk pastikan anda akan sentiasa ada job untuk dibuat. 


Apa cerita dengan program affiliate jobdirumah?

Program affiliate jobdirumah pernah jadi salah satu sumber pendapatan tetap saya secara online. 

Tapi sejak masuk tahun 2014 ni, dah makin jarang pulak dapat komisyen dari pihak kliks solution yang mengelola program jobdirumah.

Taakulan awal dari saya... mungkin sebab link affiliate yang saya promosikan tu bermasalah. 

Tadi bila cek, nampaknya memang ada sesuatu yang tak berapa betul. 

Aiseh... 

Jadi untuk akan datang, harap akan ada yang mengena. 

Nak harap artikel-artikel sebelum ni mungkin peluang dia tipis. 

Beberapa artikel core yang proven memang boleh buat duit dah hilang sebelum ni. 

Nak kena tulis semula, hmmm .... 

Macam mana pun kena buat jugak. 

Tak buat tak dapat.  

Jumaat, 16 Mei 2014

Syarat WAJIB Penuhi Untuk Bekerja Dari Rumah

Jangan ingat kerja dari rumah tu satu benda yang mudah. 

Silap percaturan, alamatnya tak kerja la korang. Nampak je macam sibuk merenung dan ditenung skrin komputer. 

Hakikatnya apa pun tak ada. 

Hasil tak ada. 

Income tak ada. 

Bila semua tu tak ada... macam mana nak teruskan kelangsungan hidup tanpa perlu bergantung dengan orang lain? 

Ni nak sambung artikel sebelum ni yang bertajuk bagaimana jobdirumah bantu atasi masalah pengangguran. Sebenarnya niat asal nak jadikan satu artikel. 

Tapi tengok-tengok dah panjang pulak artikel tu. So, tak jadi la nak buat macam tu.

Kalau nak kerja dari rumah, apa syarat wajib yang kita kena penuhi ya? 

1. Ada sambungan internet yang stabil dan ada laptop/komputer 

Ini paling basic. 

Kalau dua benda ni tak ada... la... macam mana nak buat kerja nanti. 

2. Mempunyai ruang kerja yang selesa

Pastikan ada meja. 

Ada kerusi yang selesa untuk anda bekerja. 

Keadaan perlu selesa untuk elakkan anda dapat sakit yang pelik-pelik. Contohnya macam sakit belakang dan sebagainya.

3. Anda mampu bekerja tanpa pengawasan

Yang ni penting sebabnya tak ada siapa yang akan monitor kerja anda. 

Yeay! 

Tak ada supervisor yang akan kacau anda dan sibuk-sibuk nak cek hasil kerja anda. Best kan macam tu?

Well setengah orang ni, bila tak ada yang semak kerja dia, dia mengeliat. Tak buat kerja pulak.

4. Mampu buat kerja ikut dateline

Setiap kerja yang disenaraikan di laman web jobdirumah ada dateline. 

Kalau majikan yang beri job tu kata kena siap dalam masa dua hari, anda kena ikut masa yang ditetapkan. 

Kalau dah tau tak boleh ikut ketetapan masa yang diberi, jangan apply kerja tu. 

Kalau anda dah apply, lepas tu tak ikut masa yang ditetapkan, anda hanya akan mencalarkan reputasi anda je nanti. 

Di masa akan datang, anda akan susah nak apply kerja dah. 

5. Jangan terlalu demand bab gaji 

Bekerja secara online ni sedikit berbeza berbanding kerja secara offline. 

Majikan tak kenal siapa kita. 

Kita nak nego dalam bab-bab harga ni pun payah jugak. 

Kalau anda masih baru, cadangan saya ialah, buat seberapa banyak kerja yang boleh yang berkaitan. 

Tujuannya adalah supaya anda dapat penuhkan portfolio anda dengan senarai kerja. 

Ini juga menunjukkan anda mempunyai pengalaman kerja dengan jobdirumah yang luas dan secara tak langsung ini dapat meningkatkan keyakinan bakal majikan yang lain untuk mengupah anda bekerja.

Ok sekarang anda dah tau apa syarat wajib untuk bekerja dari rumah

So, cepat apply kerja kosong yang sangatlah banyak tu di laman web jobdirumah sekarang

   

Bagaimana Jobdirumah Bantu Atasi Masalah Pengangguran

Pengangguran itu merupakan satu masalah! Setuju dengan kenyataan saya ni? 

Jika anda setuju yang pengangguran ini adalah satu masalah, maknanya ada juga setuju yang ia perlu diselesaikan. Lagi cepat ia diselesaikan lagi bagus, betul kan? 

Bila kita kata menganggur, maksudnya tak ada kerja. Kalau ada kerja, maka tak adalah istilah menganggur tu lekat pada diri. 

Tak ada kerja then tak ada income, nak buat apa-apa benda yang melibatkan penggunaan duit amatlah terbatas jadinya.

Apa punca berlaku pengangguran? 

Ada banyak kalau kita nak perhalusi. Tapi saya tak bercadang nak cerita semua. Tak mau la artikel ni jadi terlalu akademik sifatnya. 

Jadi saya ceritakan yang simple-simple je sesuai dengan motif artikel ini ditulis iaitu untuk perkenalkan program latihan jobdirumah

Pertama, pengangguran terjadi disebabkan peluang pekerjaan yang terhad. Kalau nak kerja jugak, anda kena travel jauh. Kalau tak sanggup travel jauh, maka anda terpaksa pindah lokasi kediaman. 

Bila melibatkan travel dan relocate ni, maka kos hidup dan kos sara diri meningkat. Jika pendapatan tak sebanding dengan kos, maka penat je kerja, duit habis macam tu je. 

Kedua, pengangguran selalu jadi sebab individu tu sendiri yang memilih untuk tak nak ada kerja tetap. 

Contohnya saya sendiri. Saya tak minat nak jadi kuli sepanjang hayat dan asyik terikat dengan kerja yang saya kadang-kadang suka, kadang-kadang benci. 

Ketiga, pengangguran ini dah jadi ibarat satu trend. Trend masa kini, kita nak jadi pekerja bebas. Freelancer. 

Sebagai Freelancer, kita sendiri yang tetapkan berapa kita perlu dibayar, berapa yang patut kita terima sebagai bayaran. 

Kita bekerja sendiri, dan jika nak bekerja untuk orang lain sekali pun, kita nak kerja dan dibayar dalam bentuk komisyen. Kalau besar nilai sesuatu projek, maka percent yang kita boleh dapat dari projek tu pun besar jugak. 

Ini yang kita mahu. 

Macam mana jobdirumah boleh tolong atasi masalah pengangguran ni? 

Macam yang saya sebutkan tadi. Kalau anda ada kerja, maka tak ada lah anda dilabel sebagai penganggur. 

Kan? 

Jobdirumah, menerusi sistemnya, anda akan dapat akses kepada beribu-ribu kekosongan kerja dari seluruh dunia yang memerlukan pekerja bebas ataupun freelancer. 

Ada macam-macam jenis kerja yang anda boleh pilih. 

Cara kerja di jobdirumah

Anda akses ke member area. 

Lepas tu anda guna sistem carian jobdirumah, dan masukkan kata kunci yang anda inginkan. 

Sebagai contoh anda ingin kerja-kerja data entry. Maka anda hanya perlu taip "data entry" 

Senarai kerja akan muncul di hadapan skrin monitor anda. Anda hanya perlu pilih mana-mana kerja yang anda faham dan yang anda yakin boleh buat. 

Buat kerja yang anda dah pilih hingga sempurna, kemudian hantar, lepas tu barulah terima bayaran.

Tak jauh beza macam kerja biasa. 

Cuma menerusi Jobdirumah, anda akan bekerja atas talian. Selagi mana lokasi anda berada mempunyai sambungan internet dan laptop atau komputer, anda boleh bekerja.

Klik sini untuk akses laman web jobdirumah

 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...