Selasa, 5 Jun 2018

Kedai online menjual jam tangan jenama Casio G-Shock Original dengan harga murah


Siapa kat sini peminat jam tangan jenama G-Shock?


Kalau anda pun minat jam tangan ni, maknanya kita memang geng. Dulu, saya tak berapa minat sangat pakai jam tangan jenama ni. 


Rasa kurang sesuai. Dengan bentuknya yang agak besar, agak sporty, membuatkan saya rasa ia tak berapa sesuai dengan pergelangan tangan saya. 






Masa dulu, saya kerja sebagai executive. Rasa macam kurang sesuai nak pakai jam tangan macam ni. 


Lebih sesuai kalau pakai yang jenis besi, ataupun kalau dari brand Casio ni juga, lebih sesuai pakai yang brand Casio Edifice. Ala-ala jam orang kerja pejabat kan... 


Macam sekarang ni, saya dah tak kerja di pejabat, dan saya bekerja sendiri dari rumah, rasanya dah tak perlu nak pakai jam tangan besi. Sekarang ni, boleh pakai apa je yang saya rasa nak pakai. 


 
Sebab tu, sekarang ni dah mula berjinak-jinak untuk pakai jenama G-Shock

 
Saya ada jumpa sebuah kedai online, yang menjual jam tangan jenama G-Shock dengan harga yang boleh tahan murahnya. 


Kalau nak bandingkan dengan harga kat kedai, memang jauh beza. Biasanya, harga murah ni, kita kena berhati-hati. 


Bukan apa, bimbanglah jugak kalau-kalau yang dijual tu rupa-rupanya barangan tiruan. Kalau jam, istilah yang digunakan ialah one to one copy atau biasanya ditulis 1:1 copy


Kalau kita tengok luaran, memang semuanya SAMA. 


Tapi dari segi kualiti, fungsi dan sebagainya, memang sangat jauh beza. Kalau jam yang original dan ada banyak jarum dalamnya, semuanya memang akan berfungsi. 


Tapi kalau jam yang jenis 1:1 copy tu pulak, hanya jarum yang menunjukkan masa sahaja yang berfungsi. Selebihnya hanya hiasan semata-mata. 


Walaubagaimanapun, saya dah jumpa kedai online yang menjual jam tangan G-Shock original dengan harga yang agak murah. 


Nama kedai tu C&H Movement dan anda boleh terus ke pautan ini untuk melihat kedai mereka. 


Sebelum ni, memang saya ada jumpa beberapa kedai online yang jual jam tangan G-Shock Original dengan harga yang agak murah juga, tapi sayangnya saya dah lupa link dia apa. 


Kali ini, untuk elakkan saya terlupa, saya buat entri ni. Nanti senang, bila nak beli, boleh guna je link ini.   


Entri ni, bukan entri iklan, walaupun saya memang ada tawarkan servis iklan. Bagi pembaca yang minat untuk dapatkan khidmat pengiklanan dari saya, anda boleh dapatkan khidmat iklan advertorial tersebut disini.  


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...