Rabu, 13 Jun 2018

Dapat dua sales dari Lazada hanya dengan promosi menerusi blog


Saya terbaca baru-baru ini, kononnya blog dah mati. Blog dah tak relevan dan blogging itu ketinggalan zaman


Kemudian saya cari akaun media sosial individu yang kata macam tu. Saya nak pastikan, yang memang statement tersebut ditulis oleh individu tersebut. 


Dari carian yang saya lakukan, terbukti memang ada. 



Sengaja saya tutup nama orang yang menyiarkan status update ini, untuk tidak memberi publisiti percuma kepada beliau. 


Blogging itu ketinggalan zaman? Ya... mungkin. Sekarang ni, memang dah agak kurang blogger baru, berbanding instafamous, social media influencer dan sebagainya. 


Tapi adakah betul, orang dah tak baca blog? Ini tak berapa betul. Kalau orang dah tak baca blog, sudah tentu kebanyakkan trafik blog saya akan menunjukkan angka 0. 


Maknanya? Bila tak ada trafik, bermakna tak ada pembaca. 


 
Boleh ke buat duit dengan blog? 

Saya rasa, tak ada masalah untuk buat duit dengan blog. Ini komisen dari lazada yang paling baru. 





Sebaik sahaja saya mula update link-link affiliate Lazada dalam blog saya, sales dari Lazada mula memunculkan diri. 


Ada dua sales yang masuk, yang menjadikan jumlah komisen yang saya terima adalah sebanyak USD3. Kalau convert kepada matawang RM, nilainya lebih kurang RM11.98 


Saya juga biasa dapat lebih dari jumlah tersebut. Saya yakin, semua sales ini, datangnya dari blog, sebabnya saya kurang aktif di media sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. 


Kalau saya update status sekalipun, saya cuma update untuk kongsi link artikel blog terkini. Itu sahaja. I am pretty confident komisen ini terjana daripada penulisan yang saya terbitkan di laman blog kepunyaan saya. 


Blog untuk orang yang baru 

Orang yang baru bergiat dalam bidang penulisan blog, memang akan rasa cukup mencabar untuk dapat jualan atau komisen jika bergantung kepada blog. 


Saya rasa, tak salah kalau saya katakan, situasi ini turut dirasai jika anda menggunakan platform media sosial. Sebagai pendatang baru, biasalah... orang tak kenal, orang tak pasti apa yang anda boleh berikan. 


Ada banyak kerja yang perlu dilakukan. Bina jenama, bina reputasi, dapatkan peminat dan pengikut, dan selepas satu tempoh masa, dengan syarat anda konsisten mengemaskini blog anda... anda pasti akan nampak hasilnya. 


Bukan semua orang menggunakan resipi atau formula kejayaan yang sama, apabila nak buat duit dengan blog. 


Saya lebih cenderung untuk buat duit menerusi pemasaran affiliate. Ada blogger lebih suka kalau dapat jadi duta, dapat job tulis-tulis review dan sebagainya. 


Itu pilihan masing-masing.


Saya tak kata, pilihan terbaik adalah fokus pada affiliate marketing. Saya pernah jumpa, blogger yang cuma fokus pada program pengiklanan Google Adsense, mampu hasilkan pendapatan yang lebih tinggi dari saya. 


Ada juga blogger, yang fokus pada job artikel review, juga ramai yang mampu hasilkan income yang lebih banyak dari saya. 


Rezeki masing-masing. Orang yang usaha lebih, biasanya memang akan dapat lebih. Orang yang tak pernah dapat hasil langsung pun ramai dalam bidang penulisan blog ini. 


Kalau anda ambil nasihat dari orang yang memang clueless dan tak tau, apa benda sebenarnya yang dia cuba nak capai bila terlibat dalam bidang penulisan blog (blogging) ini, besar kemungkinan, anda juga tak akan berjaya dapat income. 


Apapun, saya bersyukur dengan apa yang saya ada, dan saya gembira dengan pilihan saya, untuk fokus pada medium blog. 
 


Saya boleh buat duit dengan tenang, komisen boleh masuk secara automatik, tanpa saya perlu risau, komen-komen negatif dari orang lain. Apa yang penting, cukup masa, duit masuk, boleh bayar hutang, boleh bayar bil-bil dan lain-lain komitmen. 


Saya harap, penulisan saya tak ada yang menyakitkan hati orang mahupun mengguris perasaan. Kita nak hidup di Malaysia ni dengan aman. 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...