Khamis, 27 Julai 2017
Bagus ke beli ebook atau lebih baik beli buku?
Ada banyak produk informasi dan juga software yang dijual di internet, yang kononnya boleh membantu kita (pengguna) untuk buat duit tambahan.
Saya adalah salah seorang yang memang suka beli produk informasi. Sama ada dalam bentuk ebook, video mahupun rakaman audio.
Pada saya, sebelum kita nak capai sesuatu perkara, kita mesti ada ilmu dulu. Ilmu-ilmu ni pula, sebahagiannya di pakejkan dalam bentuk digital, sama ada dalam bentuk ebook, video mahupun rakaman audio.
Beli ebook mahupun beli buku fizikal, pada saya tak banyak beza.
Download Pakej ebook Rahsia Taobao disini.
Cuma ada ketikanya, saya lebih suka beli ebook. Pertama, sebab penyampaian dalam ebook ni selalunya lebih santai dan straight to the point.
Penulis ebook pun biasanya tak akan buang masa dengan memuatkan lampiran-lampiran seperti hasil kajian, laporan eksperimen, fakta sains, dalil dan sebagainya.
Seperti yang saya nyatakan, ianya straight to the point.
Kalau penulis ebook tu janjikan tutorial step by step, maknanya memang itulah yang kita akan dapat. Mula-mula kena buat perkara A. Siap perkara A, kita beralih pula kepada perkara B, C, D dan seterusnya sampailah apa yang kita mahukan tu tercapai.
Sebaliknya, untuk topik yang sama, jika kita rujuk pada buku fizikal, mungkin kita akan disajikan dengan kupasan yang lebih luas. Silap-silap, seminggu pun masih tak habis baca lagi buku tu.
Berbeza dengan beli dan baca ebook. Kadang-kadang kita cuma perlukan satu jam sahaja untuk siap baca satu ebook.
Ini yang menjadikan sesuatu ebook tu lebih bermakna daripada buku.
Satu topik yang mana bagi penulis buku, memerlukan berhelai-helai muka surat untuk diterangkan, tetapi penulis ebook kadang-kadang dapat menerangkan perkara tersebut dalam satu muka surat sahaja.
Kadang-kadang seronok juga tengok cara yang digunakan untuk menjual sesuatu buku.
Kalau buku tu tentang buat duit dengan FB Fanpage, dalam sales letter kita boleh nampak perkara-perkara seperti
- Tak perlu buat website
- Tak perlu belajar SEO
- Boleh mula dengan serta merta
Kalau buku atau ebook itu adalah mengenai teknik pemasaran menggunakan blog, maka ayat-ayat berikut yang kita bakal jumpa
- Tak perlu ada fanpage
- Tak perlu tarik like
- Tak perlu bazir duit lagi dengan FBAds
- Boleh mula hari ini juga sama ada dengan modal yang minima atau tanpa modal langsung
Bagaimana pula kalau modul sesuatu ebook tu pula adalah berkaitan dengan pemasaran menggunakan video, seperti Youtube misalnya?
- Tak perlu fanpage
- Tak perlu buat blog
- Tak perlu FbAds
- Boleh mula sekarang juga
So, kat sini, kita boleh nampak satu pattern. Bagi tujuan pemasaran, kita sebenarnya boleh gunakan medium seperti FB Fanpage, Blog dan juga Youtube.
Persoalannya, apa yang menghalang kita untuk guna ketiga-tiga kaedah ni sekaligus?
Orang yang cuma guna FB Fanpage dan FBAds dalam pemasaran, betul ke dia cuma kaedah tu semata-mata untuk dapatkan sales?
Pasti ke sebelum ni tak pernah tercampur kaedah?
Atau sebenarnya, just claim yang dia gunakan FBAds semata-mata, tetapi pada masa yang sama, jualan yang terhasil turut disumbangkan oleh lain-lain medium pemasaran termasuk juga medium artikel advertorial!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan