Cuba bayangkan anda berjaya dapat 100 orang pelanggan.
Dah bayangkan? Sekarang ni, dari 100 orang pelanggan tu, berapa banyak keuntungan yang bakal anda perolehi?
Kalau dalam situasi saya sendiri. Saya ada mempromosikan beberapa produk di internet.
Produk pertama adalah ekursus Jobdirumah. Pada waktu catatan ini saya buat, produk ini dijual dengan harga RM80 dan setiap jualan yang berjaya saya hasilkan, saya akan dibayar komisen sebanyak 50% atau bersamaan dengan RM40.
Jika saya berjaya dapatkan 100 orang pelanggan, maka saya akan memperolehi pendapatan sebanyak
RM40 per jualan X 100 orang pelanggan = RM4,000
Memandangkan di internet ini, saya boleh jual macam-macam produk dalam satu-satu masa, maka saya tidak hanya fokus untuk jual produk tersebut semata.
Saya juga ada mempromosikan produk-produk lain.
Misalnya, barangan dari jenama GINTELL iaitu Recumbent Bike FT8601-R
Ini dia gambar produk tersebut.
Produk ni mahal juga harganya.
Kalau rujuk di laman web ini, yang menjual produk tersebut, ianya berharga RM1,788.
Sekiranya saya berjaya jual produk ini, komisen yang akan saya terima adalah sebanyak 9% dari harga produk atau bersamaan dengan RM161
Seandainya saya boleh jual 100 unit produk ini, maka pendapatan yang bakal saya hasilkan adalah sebanyak -
RM161 komisen per jualan X 100 Pelanggan = RM16,100
Wow, banyak juga tu kan!
Itu sebab bila ada orang nak kongsikan tips atau strategi macam mana cara dia dapatkan 100 orang pelanggan dalam masa 7 hari, saya akan luangkan sikit masa untuk baca tips yang diberikan tu.
Manalah tau kan, kalau-kalau tips yang dikongsikan tu kita boleh praktikkan dalam bisnes kita sendiri.
Kalau anda minat nak tau macam mana cara yang digunakan oleh saudara Rahman Basri ni bolehlah klik pada link yang saya kongsikan dibawah ni.
Klik sini untuk ketahui cara dapatkan 100 pelanggan
Klik sini untuk baca rahsia ini sekarang
Klik sini untuk baca secara percuma sahaja.
Cara yang dikongsikan ini mungkin juga sesuai dengan perniagaan yang anda sedang jalankan sekarang ni.
Boleh jadi, anda tak boleh nak tiru bulat-bulat, akan tetapi, kalau dari segi konsep, sepatutnya anda boleh sesuaikan dengan bisnes yang anda sedang jalankan sekarang ni.
Pada asasnya, cara atau strategi yang digunakan untuk dapatkan 100 pelanggan dalam masa 7 hari ini ada dua langkah sahaja.
Langkah pertama adalah langkah untuk hasilkan iklan yang memukau golongan sasaran. Manakala langkah kedua adalah untuk melakukan kerja follow up secara automatik menggunakan sistem.
Saya cerita tentang langkah pertama dulu.
Hasilkan iklan yang memukau golongan sasaran. Sebenarnya langkah ini bukannya susah sangat. Kerap kali berlaku, iklan kita tak mendapat sambutan sebabnya ianya tidak ditujukan kepada golongan yang betul.
Akan tetapi, jika iklan kita tu memang ditujukan pada kelompok sasaran yang tepat, walaupun ayat kita biasa-biasa sekali pun, ia tetap akan memberikan kesan yang positif.
Dalam langkah kedua, saudara Rahman Basri menggunakan sistem autoresponder. Tujuannya adalah untuk memastikan proses follow up boleh dilakukan secara automatik.
Setelah bakal pelanggan masukkan nama dan emel, maka bermula saat itu, sistem akan bekerja dan mula melakukan proses follow up secara automatik.
Dalam masa 7 hari, akan ada pelanggan yang mula buat bayaran, dan ada juga pelanggan yang tetap tak buat bayaran lagi.
Walaubagaimanapun, itu tidak menjadi masalah, sebabnya pelanggan yang masih belum bayar tu akan terus di follow up oleh sistem.
Fungsi seperti ini, buat masa ini belum lagi ada pada whatsapp, FB dan sebagainya. Itu sebabnya pemasaran menggunakan emel dan sistem autoresponder tetap menjadi pilihan walaupun buat sesetengah orang, kaedah ini dilihat seperti terlalu kuno.
Baiklah, penerangan secara details telah disediakan di laman web ini. Silakanlah klik dan baca disana ya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan