Isnin, 24 April 2017
Bagaimana memilih produk yang confirm laku untuk dijual secara online?
Bukankah hidup sebagai seorang usahawan akan jadi lebih mudah, sekiranya kita dapat menghidu lebih awal, apakah dia produk yang paling mudah untuk dijual dan confirm laku apabila dipasarkan kelak.
Adakah ianya boleh dilakukan?
Kita kenalpasti, apakah dia produk yang sedang trending dan paling banyak disebut-sebutkan, dan seterusnya kita fokus untuk jual produk itu sahaja!
Bagaimanakah caranya?
Masalah yang kerap kita hadapi ialah, kita mengetahui tentang sesuatu produk agak lambat.
Sebaik-baiknya, kita jual sesuatu produk tu bermula sejak produk tersebut belum trending atau jadi viral. Sebelum ia jadi viral, kita letakkan posisi kita pada satu kedudukan yang selamat dan menyakinkan bakal pembeli.
Kempen pemasaran kita pada waktu itu, fokusnya adalah untuk membina nama baik dan menjenamakan diri.
Kemudian, apabila produk tersebut mula dikenali dan mula trending, kita akan jadi go to place untuk orang ramai mendapatkan produk tersebut.
Persoalannya ialah, adakah terdapat cara, bagaimana untuk kita ketahui apakah dia produk yang bakal jadi viral dan dicari-cari oleh pasaran?
Jawapannya ADA.
Tetapi maklumat seperti ini, bukannya mudah untuk kita perolehi. Maklumat tersebut, mungkin memang dah ada kat depan mata kita, cuma kita je yang tak tau dan tak perasan.
Sebagai contoh, saya suka gunakan laman web ini untuk mengetahui apakah produk yang ada potensi untuk jadi viral.
... jika tak viral sekalipun, saya nak tau apakah dia produk yang pengguna di Malaysia sedang cari sekarang ini.
Sila lihat pada screenshot dibawah ini.
Sekiranya kita perhatikan pada screenshot diatas, kita dapat ketahui bahawa pengguna di Malaysia mencari beberapa barangan, dan barangan yang menduduki Top 5 adalah
1. Milo
2. Fidget Spinner
3. Drypers
4. Power Bank
5. Pendrive
Kita hanya perlu klik pada mana-mana hasil carian yang menarik pada perhatian kita. Contohnya saya nak tahu dengan lebih lanjut, apa benda sebenarnya Fidget Spinner tu. Jadi saya klik situ.
Seterusnya saya akan pilih mana-mana seller yang dilihat mampu menjual produk tersebut dengan sangat banyak.
Tengok apa feedback dan review dari pembeli sebelum ni.
Kalau semua maklumat tu masih lagi tak membantu, (atau saya masih tak faham, apa benda sebenarnya produk ni) maka langkah seterusnya ialah saya akan buka laman web Youtube dan cari video (yang biasanya pasti ada) mengenai produk tersebut.
Dari video tu selalunya saya akan lebih faham, apa benda sebenarnya produk yang dijual tu.
Ok itu satu cara bagaimana nak mengetahui apa produk yang sedang laku dan banyak yang cari pasal produk tu.
Selain rujuk pada laman web Lazada, sebenarnya ada banyak lagi laman web ecommerce yang kita boleh rujuk.
Sesetengah laman web, kita siap boleh tahu, berapa unit yang dah terjual untuk produk tertentu.
Senang je.
Memang tak susah nak tau apa dia produk yang sedang trending dan banyak permintaan. Kita cuma perlu tahu, nak cari kat mana. Seterusnya, semuanya akan jadi lebih senang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan