Bila bukak laman web Lazada Malaysia, biasanya kempen yang selalu saya akan tengok ialah kempen Best Seller.
Kat bahagian ni, ada macam-macam produk yang dijual dengan harga diskaun.
Ada diskaun yang diberikan tu sangatlah tinggi, sehingga mencecah 90%.
Saya pun tak pasti, sama ada kalau kat kedai-kedai kat luar sana, kita boleh dapat harga murah macam tu ataupun tidak.
Barang yang selalu saya tengok, hmmm Sony Playstation 4.
Kalau kat Lazada, harganya lebih kurang RM1,100
Itupun mungkin boleh dapat lagi murah, kalau kebetulan waktu tu ada promosi ataupun kempen tertentu tengah berjalan.
Contohnya macam sebelum ni, Lazada pernah buat kempen sempena Online Revolution, Birthday, dan macam-macam lagi kempen.
Kalau yang biasa bukak laman web Lazada, mesti akan perasan yang laman web mereka ni memang kerap adakan kempen dan jualan murah.
"Adakah dengan adanya strategi jualan murah seperti ini akan buatkan perniagaan konvensional kat luar sana akan mati?"
Mungkin ya, mungkin tidak.
Ya akan mati kalau perniagaan kat luar sana tak mempunyai daya saing yang baik.
Tidak akan mati, jika perniagaan kat luar sana bijak bersaing dari sudut yang memang Lazada susah nak menang.
Kalau dari segi harga dan promosi, saya percaya memang susah nak menang dengan Lazada. Mereka mampu jual dengan harga diskaun yang sangat berbeza berbanding kalau kita beli kat kedai.
Sebaliknya, kalau kita bandingkan dari segi servis, saya berpendapat orang yang jual di kedai-kedai masih lagi ada kelebihan yang lebih baik.
Barangan elektronik, gadget dan smartphone misalnya.
Kalau beli secara online, kita tak tau, apakah perisian yang perlu dipasang, dan besar kemungkinan kita akan dapat smartphone tanpa applikasi.
Semua tu kita kena install sendiri.
Kalau yang memang biasa dengan kerja pemasangan seperti ini, tak ada masalah. Tapi kalau yang tak biasa? Akhirnya mungkin kena bawa ke kedai juga.
Kena beli screen protector la, kena upgrade memory card la... pasang body casing dan sebagainya. Akhirnya, jadi mahal jugak.
Berbeza dengan kita beli secara offline.
Kalau tak suka dengan layanan sesebuah kedai tu, boleh cari kedai lain.
Kemudian sebelum beli, boleh tanya apa-apa soalan sampai betul-betul puas hati. Cuba bandingkan dengan beli secara online, belum tentu kita dapat tanya macam-macam soalan dan dapat jawapan on the spot.
Apa pun, beli online mahupun beli di kedai ada kelebihannya.
Bergantung kepada apa sebenarnya yang anda cari.
Saya?
Saya cari Sony Playstation 4.
Kan bagus kalau komisen saya boleh beli benda alah ni ha ha (tiba-tiba rasa bimbang fokus nak buat kerja lari sebab sibuk main game nanti.)
Baca juga: Cara main game sambil buat duit online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan