
Blog blog oh blog
Aku pun heran kenapa tak ramai yang minat nak tulis blog, bukannye tak ada faedah. Well actually bergantung jugak la dengan apa yang korang nak tulis. Kalau setakat tulis benda2 yang jahanam dalam blog, eheh itu baru dinamakan tak ada faedah.
Baru2 ni aku baru je berkira2 nak delete satu blog yang dah lama aku tak usik. Actually dalam blog tu aku tak ada letak apa2 pun. Just nota2 untuk subjek yang aku kena amik dekat U. Alih2 semalam aku tengok ada pulak earning dari blog tu, wah tak sangka.
Bukan amaun banyak mane yang buat aku rase teruja, tapi potensi blog tu yang buat aku rasa macam tak percaya. Haha ye la dah aku buat blog tu pun cume nak selitkan dengan nota2 untuk final exam je kot. Tak sangke pulak la ade jugak orang yang datang singgah. Pastu tolong klik plak tu. Tengkiu2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan