Isnin, 24 November 2014

Buat duit dengan upload gambar

Saya difahamkan baru-baru ini ada laman web yang membayar ahlinya untuk memuat naik (upload) gambar-gambar menarik untuk dihost kan di server mereka. 

Apa-apa jenis gambar termasuk gambar serangga, kenderaan, pemandangan, dan sebagainya. 

Semua jenis gambar ini mempunyai nilai tersendiri. 

Saya tahu tentang semua ni pun sebab saya adalah salah seorang pelanggan Produk Panduan Jobdirumah.

Walaubagaimanapun, disebabkan servis ini ditawarkan oleh syarikat lain, maka saya perlu buat pendaftaran khas jika saya ingin sertai program ni. 

Hmm... mungkin satu masa nanti saya akan sertai.

Sekarang nak tumpukan dengan Tone Excel.

Dah nak masuk hujung-hujung tahun macam ni, nak fokus dengan sales.  

Rabu, 12 November 2014

Ilmu Pelaburan Saham Untuk Beginner

Seorang kenalan internet datang menghubungi saya di FB. 

Topiknya ialah tentang saham.

Beriya-iya benar dia menceritakan kegembiraannya mencuba satu teknik pelaburan yang baru. Saya kira, ini bukan teknik yang baru. Cuma kawan saya ni je yang baru tahu kewujudan teknik ni. 

Teknik ni dipanggil dengan nama Teknik Good Morning Profit, atau singkatannya Teknik GMP.

Adakah nama bagi teknik ini membawa sebarang makna, atau nama yang saja-saja direka. 

Oh pastilah bukan. Siapa yang guna teknik ni, In Shaa Allah, hari ini buat trading, awal pagi esok dah boleh dapat profit.

Afterall, tujuan kita trade saham adalah untuk dapat profit. Tak gitu?

Saya dapat bayangkan, tak ada siapa yang membantah apa yang saya sampaikan. Ha ha 

Ok lagi satu, ini adalah teknik premium. Teknik rahsia. Teknik berbayar... and so on. 

Pemilik atau penulis bagi teknik ini bukannya nak kongsikan teknik ni kepada semua orang.

Kalau anda tak pernah tahu, saham tu apa benda. Teknik Good Morning Profit memang tak sesuai untuk anda. 

Jika anda dah berjaya jana keuntungan at least RM5K teknik ini juga tak sesuai untuk anda. 

Teknik ni dikongsikan khas untuk mereka yang masih lagi dikira sebagai trader beginner. 

Kalau tak nak terus menerus gagal, asyik loss loss loss, teknik ini mungkin ada penawar untuk masalah anda. 

Saya kata mungkin... sebabnya saya tahu, setiap orang ada taste sendiri bila melibatkan hal-hal perlaburan. Lagi-lagi saham. 

Ini adalah teknik untuk dapatkan fast profit dan fast profit. 

Jika anda bukan jenis yang sukakan sesuatu yang pantas, besar kemungkinan anda juga mungkin tak akan sukakan teknik GMP ini. 

Apa pun, tak salah untuk anda mengetahui tentang teknik ini dengan lebih lanjut disini. Klik sini    

Hampir Give Up Promosi Kitab Teknik SEO Merah Jambu

Serius. 

Ini memang antara produk paaaaaaaaling susah nak dapat sales kat Ashadee.

Memang degil sikit produk ni. Cuba macam-macam, tapi masih tetap tak jalan. 

1. Dah promosi kat FB.

2. Promosi dalam ebook pun sudah. 

3. Promosi dalam FB Group pun dah buat. 

4. Dah pernah promosikan kat Fan Page. 

5. Promosi kat blog pun dah selalu.

6. Promosi kat mailing list pun dah biasa buat. 

Lagi kat mana ya... erm... erm... ok dah ingat. Lepas dah promot kat semua tempat yang dinyatakan tu, saya ulang semula item dari nombor 1 hinggalah ke nombor 6. 

Produk memang HOT dalam kalangan blogger. Penulis kitab ni pun bukan blogger calang-calang. Memang orang ada nama. Memang seorang yang pakar dan ahli dalam bidangnya. 

(secara tak langsung buat saya terfikir, mungkin sebab selama ini saya perlu bertarung one by one dengan owner produk ni) 

Pada satu hari, dalam keadaan yang tak disangka-sangkakan... muncul pulak email notifikasi dari pihak Ashadee. 



Ok Kitab SEO Merah Jambu ni memang boleh jual. Kenapa saya gagal jual kitab ni sebelum-sebelum ni sebab saya masih kurang buat promosi. Itu sahaja. 

Maksudnya ada orang lain yang lagi agresif bila buat promosi. 

Kalau tahap promosi biasa-biasa, memang mustahil nak dapat income yang luar biasa. 

Ok, nak draf lagi 99 artikel promosi untuk produk ni :p

Ps: Walaupun saya promosikan produk Teknik SEO Merah Jambu, namun saya lebih banyak guna teknik yang saya ceritakan dalam ebook Jurnal Pemasaran Affiliate.  

 

Jumaat, 7 November 2014

Masalah Wall Facebook Kena SPAM Dengan Apps Hacker

Entah. 

Saya pun tak pasti, betul atau tidak yang buat kerja-kerja mengotorkan laman wall FB kita tu kerja apps atau kerja manusia. Sejak dua menjak ni memang agak kecoh dengan perkara-perkara macam ni.

Saya pun terkena jugak.


Gambar ni kira ok lagi. 

Ada sekali tu, pernah dapat posting yang agak memalukan. 

Benda-benda macam ni bukan sahaja memalukan orang yang post, malah orang yang dapat post ni pun tumpang malu jugak. Jadi, effectnya memang two-fold. 

Cuba bayangkan, kalau seminggu kita tak login FB kita... Alih-alih bila bukak FB, mak aih... ambik ko... penuh dengan posting macam ni. Malu tak? 

Apa lah yang kawan-kawan yang tak berapa kenal kita tu akan cakap nanti. Dah tentu-tentu mereka akan salah anggap nanti. 

Pada masa yang sama, kita tak naklah tutup wall FB kita. Kita masih lagi nak buka dan beri peluang pada kawan-kawan kita untuk post sesuatu di wall kita. 

Just in case nak ucap selamat hari lahir ke, selamat pengantin baru ke... dan apa-apa yang sewajarnya. 

So, apa solution dia ni? 

 
Ini cara yang saya sendiri gunakan.

Set privacy, kat bahagian timeline and tagging tu. 

Lihat bahagian Who can see what others post on your timeline? 

Set kepada "Only Me"

Yup, benda ni memang masih lagi tak menghalang daripada di spam. Tetapi, setidak-tidaknya, orang lain tak nampak apa yang dipost oleh orang lain kat wall kita. 

Benda ni kalau digunakan untuk tujuan marketing ada bagusnya. Tetapi, cara ni tetap dikira sebagai spam.

Ah pening la FB ni. Macam-macam isu. 

 

Rabu, 5 November 2014

Sumber Pendapatan PASIF untuk bayar HUTANG

Sekitar bulan Ogos 2014 yang lepas, sekali lagi saya mendapatkan perkhidmatan pinjaman kewangan peribadi daripada pihak bank. Mestilah nak pinjam dengan bank.... giler ko nak pinjam dengan Ah Long. 

Mau kena sembelih pulak aku nanti haha 

Ok ceritanya begini. Seboleh-bolehnya saya memang dah tak nak tambah sebarang komitmen. Hutang sedia ada ini pun dah agak menyesakkan hidup saya. Ini tiba-tiba nak tambah pulak hutang yang baru. 

Saya masih waras lagi. Tak akan lah saya dengan sewenang-wenangnya nak biarkan diri saya terperangkap dengan masalah hutang!

Walaubagaimanapun, setelah berkira-kira, akhirnya saya terpaksa juga ambik hutang. 

Dengan tempoh bayaran balik pinjaman selama 4 tahun, dan bayaran bulan sebanyak RM204 ... saya tak ada pilihan lain selain daripada bersetuju untuk ambik hutang tu. 

****

Flashback lima bulan sebelum tu... 

Mujurlah saya ada join bisnes Tone Excel. Alhamdulilah, saya berjaya jual beberapa keping sim kad Tone Excel. 

Kini hasil daripada jualan itu lah yang saya gunakan untuk buat bayaran semula hutang ini. 

Untuk situasi saya, mujurlah saya tak terus menolak apabila dihidangkan tawaran untuk sertai bisnes ni. 

Kini, hasil daripada susah payah mempromosikan bisnes ni, saya dah ada sumber untuk bayar balik hutang tersebut. 

Ya.

Saya memang bernasib baik. 

Bukan mudah untuk saya terima kembali untuk buat bisnes ni setelah pernah gagal satu masa dulu. But here I am...

Baca juga: 10 kesilapan saya dalam bisnes Tone Excel

Pada saya... there is nothing to loose untuk buat bisnes ni.

Macam mana pun, saya tetap akan guna handphone. Bezanya hanyalah sim kad apa yang saya gunakan sekarang ni. Begitu juga anda.

Sama ada anda nak guna simkad yang boleh jana pendapatan untuk diri anda sendiri, atau anda nak guna simkad yang hanya memberi pendapatan kepada taukey-taukey simkad lain

Anda sendiri yang tentukan, dan anda sendiri yang buat pilihan. 

Kita semua tahu yang berhutang tu langsung tak best. 

Besar macam manapun income kita, kalau kita ada hutang, kita tetap kena ambik sebahagian daripada income kita tu untuk bayar hutang.

Hari ini saya gunakan pendapatan daripada bisnes Tone Excel ini untuk buat bayar hutang. 

Esok lusa mungkin giliran anda pula. 

Apa kata anda muat turun panduan bisnes Tone Excel ini bagi membantu anda selesaikan hutang-hutang anda pula.   
 

Khamis, 23 Oktober 2014

Adakah Anda Ada Masalah Dengan HUTANG?

Makin lama saya buka laman web FB, makin merepek pulak jadinya. Entah macam mana, dan entah disebabkan apa... saya boleh jadi khayal pula nak baca setiap status update yang keluar di newsfeed saya.

Fuh... sangat tak sihat.  Jap ye... nak tutup kejap FB ni.

Kali ini saya nak sentuh serba sedikit tentang topik HUTANG.

Siapa lagi yang ada masalah hutang? Oh by the way... adakah memiliki hutang itu sebenarnya satu masalah? 

Pada pendapat saya... jika anda memiliki hutang, dan pada masa yang sama anda mempunyai strategi untuk bayar semula hutang tersebut dan ada tak pernah terlepas untuk bayar hutang, bermakna anda tak ada masalah hutang. 

Lebih cantik lagi apabila hutang yang anda ada itu sebenarnya menjadikan kehidupan anda lebih baik. 

Contohnya, hutang belajar membantu anda untuk menaiktaraf diri anda dari segi ilmu dan skil. Hutang rumah membantu anda memperolehi aset anda sendiri, manakala hutang perniagaan membantu anda meluaskan dan membesarkan lagi saiz perniagaan anda. 

Itu semua dikategorikan sebagai hutang yang baik. Itu tak ada masalah sangat. 

Walaubagaimanapun, terdapat juga hutang yang dikategorikan sebagai hutang yang tak baik dan tak sihat! 

Dengan wujudnya hutang-hutang seperti ini, ia menjadikan anda akan bertambah depresi dan stress untuk melalui hari demi hari. 

Pelan anda untuk bayar hutang habis tunggang langgang dan lari. Pendek kata, kalau anda bayar hutang, maknanya bulan itu anda tak boleh makan. Ha... hutang dalam kategori ini memang bermasalah. 

Jika anda masih belum pernah berhutang... elakkan mengumpul hutang dari jenis ini. Jika anda dah pernah berhutang, ikhtiarkan lah dengan sebaik mungkin supaya anda terhindar daripada cengkaman hutang seperti ini. 

Masalah lazim dengan HUTANG... 

1. Kadang-kadang hutang anda tak habis-habis dan tak surut walaupun dah bayar setiap bulan. 

2. Kadang-kadang hutang anda semakin bertambah walaupun anda bayar minimum setiap bulan. Khas untuk hutang yang mengenakan kadar interest yang tinggi. 

3. Kadang-kadang anda memang tak mampu langsung nak bayar hutang.

Baiklah. 

Biar kita be realistic. Manusia berhutang sebab dia tak ada duit. Disebabkan dia tak ada duit, maka dia perlu berhutang. 

Apabila habis duit yang dipinjam, dia akan kembali kepada kedudukan kewangan yang lama, sebelum dia ada hutang. 

Ya. 

Dia akan kembali menjadi seseorang yang pada asalnya memang tak ada duit. Cuma bezanya kali ini, hidupnya akan dibebani dengan hutang.  

Sebelum ini, dia tak ada duit dan tak ada hutang. Selepas dia meminjam, dia jadi seorang yang tak ada duit tetapi ada hutang. Makin buruk keadaanya, kan?

Jalan keluar untuk selesaikan masalah hutang ini ialah... dapatkan atau tingkatkan pendapatan anda. Anda patut mula cari jawapan... 

"Apa yang patut aku lakukan untuk naikkan sumber pendapatan atau tambahkan pendapatan yang aku ada sekarang?"

Masalah hutang tak boleh selesai dengan menambah hutang yang baru. 

Masalah hutang juga tak akan selesai dengan lari daripada hutang. 

Masalah hutang juga hampir mustahil untuk diselesaikan dengan kedudukan kewangan yang sama ketika anda mula-mula cipta hutang tersebut. 

Perlukah anda mencari pekerjaan kedua untuk selesaikan masalah hutang? 

Jawapannya, YA dan TIDAK. 

Ya anda perlu cari kerja baru, jika pekerjaan kedua tersebut tidak menggangu kerja utama anda. 

...dan jawapan TIDAK sekiranya pekerjaan kedua yang bakal anda cari ini memang mengganggu fokus dan konsentrasi pekerjaan pertama anda. 

Kerja yang tak mengganggu pekerjaan utama anda... agak-agak apa dia?

Kalau saya, saya nak cadangkan anda jadi freelancer. Buat kerja-kerja mudah seperti menaip dokumen, data entry dan sebagainya. Upahnya tidaklah begitu lumayan, tetapi anda dibayar dalam matawang USD jika anda berjaya mendapat job dari majikan yang sesuai. Boleh lihat artikel ini untuk maklumat lanjut. 

Selesaikan masalah hutang dengan cara berniaga

Ceburi bidang perniagaan. 

Bermakna anda perlu tajamkan atau setidak-tidaknya develop kemahiran menjual. Sales skill

Ia bukan sesuatu yang mudah. Namun ia juga bukanlah sesuatu yang sukar juga. 

Mulakan dengan menyenaraikan seberapa banyak produk yang anda boleh jual dalam satu-satu masa. Lepas tu, jual produk-produk tersebut secepat dan sepantas yang boleh. 

Jika satu produk boleh dapat untung RM10, jual 100 unit dah boleh dapat RM1,000

Adakah RM1,000 masih tak cukup untuk bayar hutang bulanan anda? Hmm... saya pasti ia lebih dari cukup. Boleh jadi siap ada baki lagi. 

Jika anda ingin mengambil langkah untuk ceburi bidang jualan sebagai ikhtiar untuk selesaikan masalah hutang... maka anda perlu sedar satu perkara. 

Lagi pantas anda mampu hasilkan jualan, maka lagi tinggi potensi pendapatan yang anda boleh hasilkan. Jika kebiasaannya, dalam sehari anda boleh hasilkan jualan sebanyak 5 unit, tambah skil untuk bantu anda hasilkan jualan sehingga 20 unit dalam sehari. 

Semua ini boleh dipelajari dan boleh dipratikkan. 

Walaubagaimanapun... bidang jualan bukannya bidang yang mudah. It is not an easy job. Itu hakikatnya. 

Justeru, saya amat menggalakkan anda menjual sesuatu produk yang boleh beri anda pendapatan secara berterusan. Produk seperti ini anda hanya perlu jual sekali sahaja, namun keuntungan yang anda boleh perolehi adalah secara berterusan. 

Sampai bila-bila! 

Contohnya, produk kegunaan harian sim kad Tone Excel ini. Anda perlu jual sekali sahaja kepada seorang pengguna, dan hasilnya? Selagi dia pakai simkad tersebut, selagi itu anda akan terima komisyen topup dari pelanggan anda sekitar 6 - 10%. 

Pada masa yang sama, jika pelanggan anda itu tadi menjual sim kad tersebut kepada orang lain, anda turut mendapat komisyen tambahan. 

Menarik, kan?

Anda boleh nampak bagaimana ia dapat selesaikan masalah hutang yang anda hadapi sekarang? 

 
    

Selasa, 21 Oktober 2014

Jobdirumah Ni Boleh Dipercayai ke?

Laman web jobdirumah adalah merupakan sebuah laman web yang menjual panduan yang mengajar pembelinya bagaimana cara SEBENAR untuk bekerja dari rumah.

Ada ramai orang yang teringin nak bekerja hanya dari rumah. 

Bekerja... bukannya berniaga. Terdapat banyak kekosongan jawatan yang boleh dipohon merangkumi kerja-kerja seperti menaip, menulis artikel, mereka bentuk laman web, pengatur caraan komputer dan sebagainya. 

Selagi mana sesuatu pekerjaan itu boleh dijalankan menggunakan komputer, dan anda mempunya sambungan internet, maka selagi itu anda boleh bekerja dan menghantar hasil kerja anda kepada majikan anda. 

Sama ada pada waktu tu anda berada di rumah, ataupun anda berada di mana-mana kawasan yang mempunyai liputan internet. 

Laman web panduan Jobdirumah ini adalah dimiliki oleh Kliks Solution.

Mengenai Jobdirumah.com:
jobdirumah.com merupakan penyedia khidmat latihan asas dan sumber pekerjaan alternatif pada yang berminat. Perkhidmatan yang disediakan adalah panduan dalam bentuk penerangan bertulis dan video tutorial tentang bagaimana, cara apa, dan di mana hendak mencari kerja di rumah dari sumber - sumber yang betul.

Untuk kemudahan ahli, Jobdirumah.com akan menolong mencari kekosongan baru dan mengemas kini di laman web secara percuma. Jika ada kerja yang ahli fikirkan sesuai dgn kemahiran, ahli boleh buat permohonan kepada majikan.

Mengenai Kliks Solution:
Di daftarkan dengan SSM atas nama Kliks Solution pada 30/4/2008 di Kuala Lumpur.

Bekerja 100% di rumah dan tidak mempunyai pejabat & tidak pernah bercadang untuk mempunyai pejabat pada masa depan kerana ia lebih kos efektif dan mengunakan konsep kebebasan bekerja di rumah tanpa perlu mengikut protokol kerja biasa.

Nama Perniagaan: Kliks Solution

No Pendaftaran: 001762546-A

Adakah Jobdirumah menipu pelanggan dan klien yang pernah berurusan dengan mereka?

Ini adalah bukti bayaran terbaru yang saya terima ketika menulis catatan ini. 



Bayaran daripada pihak Kliks Solution kerana saya membantu mempromosikan program Panduan Jobdirumah hasil keluaran syarikat mereka. 

Jika program ini menipu, dah tentu saya juga tak mahu bersubahat mempromosikan produk atau program yang menipu.

Anda perlu tahu apa yang anda beli

Disebabkan saya tahu apa yang saya promosikan, barulah saya beriya-iya mempromosikan program ini. 

Secara ringkasnya, jobdirumah ini amat sesuai untuk mereka yang berhasrat untuk bekerja dari rumah sebagai seorang freelancer atau pekerja bebas.

Anda boleh juga baca artikel-artikel saya yang terdahulu tentang jobdirumah. 

Pihak jobdirumah hanya menyediakan panduan bagaimana untuk bekerja hanya dari rumah dan bukannya menyediakan sebarang peluang pekerjaan. Selepas anda dapatkan panduan ini, anda aplikasikan sendiri dengan memohon pekerjaan di laman web majikan. 

Jika anda berjaya dapat bekerja, tahniah dan jika tak dapat sebarang kerja, cuba lagi. 

Cuba dan terus mencuba. 

Cuba mohon dengan majikan lain pula. 

  

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...