Selasa, 23 September 2014

BIJAK ke kalau hanya harapkan income dari PPC?

Kalau nak harapkan income daripada program pengiklanan macam Nuffnang, memang SILAP BESAR.

Alamatnya memang hampir mustahil nak merasa hasil pendapatan daripada kerja-kerja pemasaran online. 

Sebab itu, sebagai blogger, nak atau tak nak mesti kena pelbagaikan jugak sumber pendapatan. 

Saya sentuh sikit potensi pendapatan daripada program pengiklanan pay per click atau lebih dikenali dengan istilah PPC. 

Earning dikira berdasarkan kepada berapa banyak klik yang diterima pada iklan yang disiarkan. Lagi banyak klik pada iklan, maka akan jadi lagi banyaklah potensi pendapatan. 

Setiap klik nilainya bukannya besar sangat pun. 

Ada yang sepuluh sen, lima belas sen, dua puluh lima sen ataupun jumlah lain yang lebih kurang dalam lingkungan yang sama.

TRIVIA: Berapa jumlah klik yang diperlukan untuk anda dapat income RM2,000 minimum dengan andaian satu klik bernilai lima belas sen?

Kita bahagikan, RM2,000 / RM0.15 = 13,333.33

Ok kita genapkan ia jadi 13,334 klik. Itu jumlah klik yang perlu kita kumpulkan dalam masa sebulan kalau serius nak buat duit dengan program pengiklanan pay per click. 

Maknanya, kita memang perlukan jumlah trafik yang besar, dan setiap trafik yang masuk tu juga mestilah menekan klik pada iklan-iklan yang disiarkan dalam laman web kita. 

Senang ke? 

Hmmm... ia akan jadi senang kalau laman web tu memang ada ramai pengunjung. TETAPI... jika jumlah pengunjung sesebuah laman web setakat 200 - 500 visit sahaja dalam sehari, maka ia akan jadi sangat susah nak buat duit dengan program pengiklanan PPC. 

Atas sebab yang sama ini juga, saya tidak lagi bergantung harap sepenuhnya pada kaedah penjanaan pendapatan seperti ini. 

Kini saya lebih selesa buat duit dengan program affiliate dan juga menawarkan servis penulisan artikel menerusi platform Advertorial.MY

Sambil-sambil tu, income daripada program PPC masih lagi berjalan. Cuma saya buat dia sebagai sambil-sambil je.

Ada banyak Alhamdulilah, maka banyaklah yang dapat saya manfaatkan. Kalau cuma ada sikit, tak apa redha. 

Boleh jadi sampai takat itu sahaja rezeki saya. 

 

 

Semangat Tulis 10 Artikel Setiap Hari

Hari ini... saya terpanggil untuk buat banyak-banyak artikel dalam blog ni. 

Saya target, sehari at least kena hasilkan dalam 10 artikel. 

Untuk permulaan, mungkin saya akan campur-campur, sikit kat blog ni, dan sikit lagi kat blog saya yang satu lagi tu.

Sebenarnya buat duit dengan blog ini bukannya susah mana. Cuma perlu fokus pada kerja-kerja penulisan. 

Kiranya, kalau nak income yang best dan rasa mewah, kena buat kerja. 

Kerja kita ni pulak, hanya melibatkan penulisan. 

Tak kan menulis pun tak boleh? Sehari menulis sekurang-kurangnya 10 artikel bukanlah satu target yang mustahil, kan? 

Kadang-kadang saya cemburu dengan blogger lain. Mereka menulis, menulis dan terus menulis. Walaupun sebenarnya apa yang diorang tu tulis mengarut je kebanyakkannya. 

Kadang-kadang tu, tulis pasal pengalaman buat rawatan di Pusat Rawatan Islam la. Macam-macam perangai diorang ni.

So maksudnya, kalau serius nak buat duit, kita tak boleh nak poyo sangat dan nak jadi serba perfect. Buat je. Tulis je. 

Asalkan apa yang kita tulis tu bukan sesuatu yang menjatuhkan dan memburukkan mana-mana pihak. 

As for me, selagi kita jauhkan diri dari menulis tentang artis dan politik, In Shaa Allah kita masih lagi ada peluang untuk terselamat daripada buat dosa free. 

Ok ini artikel kedua untuk hari ni ha ha

Jap lagi nak bukak buku nota, nak perah idea untuk tulis artikel lain pulak. 

K bai  

Ahad, 21 September 2014

Performance Iklan Nuffnang Bagi Blog ni

Masih lagi berada ditahap yang kurang memberangsangkan. 

Mungkin... salah satu sebabnya ialah usaha diri sendiri yang masih lagi kurang.

Pernah sekali, Nuffnang anugerahkan CPUV earning kat blog ni. Tapi kejap sangat. 

Entah tak berapa lama lepas tu... terus hilang. Eh bukan hilang macam pesawat MH370 tu, tapi hilang sebab kempen iklan tu dah ditamatkan oleh advertiser. 



6 sen.

Saya harap Nuffnang dapat hadiahkan lagi banyak earning cpuv lepas ni. Kalau cuma 6 sen... adeh berapa tahun nak kena kumpul bagi cukup nak cash out ni. 

Memang letih la kalau macam ni. 

Tiba-tiba saya terfikir...

Mungkin juga ni ada kena mengena dengan faktor trafik blog ni. Trafik nak kata rendah, tak ada lah rendah sangat. 

Boleh kata agak tinggi jugak.

Cuma satu yang saya tak berapa berkenan ialah, trafik banyak datang dari negara luar dari Malaysia. Entah macam mana boleh jadi macam ni. 

Sedangkan saya bukannya menulis menggunakan bahasa asing. 

Tak apalah... terima je lah. 

At least blog ini banyak bantu saya untuk kerja-kerja ranking artikel dan SEO di search engine. 

 

Jumaat, 19 September 2014

Tools Marketing Paling PENTING Untuk Internet Marketer

Jangan terlalu bergantung harap pada Facebook ataupun Facebook Group.

Saya pasti ini bukannya kali pertama anda dengar nasihat seperti ini, betul kan? Boleh jadi dah berulang-ulang kali. 

Saya tak ada masalah dengan laman web FB, sebabnya saya hanya gunakan fungsi FB sekadarnya. 

Tetapi, saya dah banyak kali dengar keluhan daripada rakan-rakan dan klien saya yang mereka ada masalah dengan akaun FB masing-masing. 

Mana yang biasa guna kaedah autopost di group-group FB, mereka berhadapan dengan masalah sekatan dan tak boleh buat sebarang post baru di group. 

Kalau yang guna FBAds, lambat laun jika mereka kerap buat iklan yang tak menepati terma dan syarat pihak FB, mereka juga berisiko untuk berhadapan dengan situasi akaun FBAds mereka kena flag. 

Ok pendek kata, macam-macam masalah yang bakal mereka lalui. 

Anda? Kalau anda tak pernah lagi kena apa-apa masalah, jangan tunggu dah kena kat batang hidung sendiri baru nak cari alternatif lain. 

Jadi kali ini, saya nak kongsikan kepada anda, satu tools pemasaran yang sepatutnya semua internet marketer perlu guna



Tools yang saya maksudkan ialah 

1. Sistem Autoresponder 

2. Minisite jualan/ landing page 

Dalam salah satu produk yang dijual di platform Ashadee, terdapat satu produk yang sangat bagus dan pada masa yang sama ia berfungsi dengan baik. 

Produk tersebut ialah Blogspot to minisite.

Ini satu-satunya perisian yang boleh transform laman blogspot kepada laman jualan yang profesional. 

Dari segi harga... ia juga tak terlalu mahal. 

Anda boleh baca selanjutnya disini: Produk wajib ada untuk semua usahawan online  

Khamis, 18 September 2014

Bagaimana Caranya Nak Buat Duit Dengan Jobdirumah

Berapa ramai agaknya ya pelawat dan pembaca blog ini yang mengidam-idamkan supaya satu hari nanti anda dapat bekerja FULL TIME hanya dari rumah?

Anda tak perlu risau mengenai kesesakan lalu lintas. 

Tak perlu fikir masalah tol naik, petrol naik dan parking mahal. 

Tak perlu bergegas awal-awal pagi untuk ke tempat kerja dan kelam kabut nak segera pulang ke rumah setiap kali habis waktu bekerja.

Adakah jobdirumah adalah penyelesaian bagi masalah anda?

Jawapannya ialah, TIDAK. 

Masalah anda tak akan selesai jika anda sertai program latihan Jobdirumah.

Anda perlu faham dengan sebenar-benar faham... apa sebenarnya fungsi jobdirumah. 

Ia bukanlah tiket atau jaminan kepada anda untuk bebas masalah kerja dan boleh escape daripada kerenah birokrasi di tempat kerja. 

Program latihan jobdirumah hanya menawarkan opsyen ataupun peluang untuk anda pilih, corak dan cara kerja yang bagaimana yang anda mahukan. 

Adakah mengekalkan cara hidup sekarang ataupun anda ingin mengubah secara total. 

Dari bekerja di pejabat kepada bekerja hanya dari rumah. 

Soalan yang paling popular, macam mana sebenarnya nak buat duit dengan program latihan bekerja dari rumah oleh jobdirumah? 

http://www.sabreehussin.com/review-penuh-program-bekerja-dari-rumah-oleh-jobdirumah/


Suka untuk saya ingatkan, nak buat duit dengan jobdirumah ni sebenarnya susah! 

Melainkan anda memang seorang yang berpengalaman. Masih ingat lagi job pertama anda? Ala... kerja pertama yang anda buat dulu. 

Kali pertama anda bekerja, susah ke senang? Mestilah SUSAH kan. 

Sebab tak ada pengalaman. Tetapi, daripada pengalaman, akhirnya anda berjaya juga harungi cabaran dan liku-liku alam pekerjaan. 

Ya. 

Perkara yang sama juga yang anda bakal lalui menerusi jobdirumah. 

Saya tahu, ada antara anda yang memasang angan-angan nak cepat kaya bila join jobdirumah. 

Saya berani kata, orang macam ni gerenti akan lingkup lagi cepat berbanding jadi lagi cepat kaya. 

TAK ADA YANG JADI KAYA MENERUSI JOBDIRUMAH. 

Tetapi, memang dah banyak yang dapat job bernilai ribuan ringgit hanya menerusi platform jobdirumah. 

Ia juga berkait rapat dengan pengalaman dan skil. Kalau anda cuma pandai guna perisian words, tak perlu berangan nak dapat job programming yang memerlukan pengetahuan tentang perisian komputer yang tinggi. 

Dah faham? 

Jadi, untuk buat duit dengan program jobdirumah, anda boleh pilih sama ada nak bekerja dengan mana-mana majikan yang anda boleh temui di laman web khas, ataupun sama ada anda pilih untuk bekerja sebagai promoter yang mempromosikan program latihan dari rumah ini. 

Pilihan?

Terletak ditangan anda sepenuhnya. 

Klik sini untuk baca review penuh program latihan Jobdirumah.    

Selasa, 16 September 2014

Review Jobdirumah - Ranking di Page Keempat Google

Ok nampaknya sasaran yang saya cuba nak capai kali ini tidak semudah yang disangkakan. 

I Like!

Ini bermakna saya perlu berusaha dengan lebih keras lagi. Kalau sebelum ini, senang-senang je artikel review jobdirumah yang saya hasilkan masuk ke page pertama google. 

Nampaknya kali ini ia tak semudah dahulu.

The best position buat masa ini ialah di page keempat google. 

Pergh... 

http://www.sabreehussin.com/review-penuh-program-bekerja-dari-rumah-oleh-jobdirumah/


Kalau kat page 4... siapa yang nak baca artikel tu?

Yang warna merah tu mewakili kedudukan entri tersebut di page carian google untuk keyword "review jobdirumah"

So, siapa yang kata SEO tu mudah? Setiap masa dan ada ketikanya kita perlu bersaing dengan laman web lain yang lagi hebat. Kemudian kita perlu lihat juga, siapa sebenarnya yang berada dibelakang laman web yang hebat tu. 

Maka siap sedia untuk dikejutkan dengan kemunculan individu-invidu hebat dalam bidang penulisan blog tanah air. 

Pengalaman mereka tu yang mahal menjadikan mereka begitu mudah menapak kedudukan yang begitu kukuh ditempat yang sepatutnya. 

Apa pun, perjuangan untuk menempat artikel saya bagi keyword review jobdirumah masih belum berakhir. Saya akan teruskan hingga berjaya. 

At least hingga berjaya dapat komisen affiliate secara konsisten! 

Mu tunggu ok. 

Rasanya walaupun masih lagi berada di page ke empat, artikel ni sebenarnya ada peningkatan berbanding kedudukan pada beberapa hari yang lalu.    


Jumaat, 12 September 2014

Siapa Lambat Kena Bayar Mahal Nak Join Advertorial.MY

Saya rasa masalah kita orang Melayu ni ialah kita terlalu lambat bertindak. Senang kata, LEMBAB.

Bunyi macam keras, dan dah tentunya akan menyinggung banyak pihak. Kan? 

Mentor saya pernah kata, kalau hati tersinggung, tu tandanya seseorang tu masih punya hati. Lagi satu dia tambah, bila kita tersinggung dan terasa ni, maknanya apa yang kita dengar tu ada benarnya. 

Kalau tak banyak, at least sikit-sikit ada yang betul. 

Boleh juga kalau nak kata perasaan tu seolah-olah macam kena tumbuk kat dagu. Lagipun, kalau benda tu tak betul (which is LEMBAB), buat apa nak terasa? 

Anggap saya ni merepek sendiri, udahlah. 

Kalau rasa apa yang saya kata ni ada betulnya... apa tunggu lagi? Berubah le...

Alkisah nak diperkatakan cerita tentang platform buat duit dengan menulis review yang dikenali dengan nama advertorial.MY

Untuk sertai platform ini, satu jumlah yuran akan dikenakan. 

Ramai juga blogger yang merungut sebabnya yurannya agak MAHAL. Ye la... RM59.90 bukanlah satu angka yang kecil. 

Saya sendiri akui. 

Lainlah kalau anda memang dari jenis yang ada banyak duit. 

TETAPI... berapa ramai yang perasan, yang sebenarnya pada peringkat awal-awal dulu, masa platform ni baru mula-mula dilancarkan, ia hanya mengenakan bayaran serendah RM29.90 sahaja!

Ini ha buktinya. Yuran yang saya bayar sebelum ni hanya serendah RM29.90 


Masa awal-awal dulu, berapa ramai yang ambik peluang ni? Ke lagi ramai yang suka untuk ambik pendekatan... nak tunggu dan lihat je dulu. 

Itulah masalahnya. 

Inilah yang saya cuba sampaikan. Nampak tak betapa LEMBAB nya tindakan sebahagian dari kita. 

Ada peluang masa harga murah dan rendah, lembab. Tak nak segera grab the opportunity.

Sekarang memang tak ada peluanglah nak dapat harga yang murah macam tu. 

Anda boleh lihat sendiri di laman web mereka disini.

Anda cuma nak baca review laman web Advertorial.MY?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...