Jumaat, 12 September 2014

Siapa Lambat Kena Bayar Mahal Nak Join Advertorial.MY

Saya rasa masalah kita orang Melayu ni ialah kita terlalu lambat bertindak. Senang kata, LEMBAB.

Bunyi macam keras, dan dah tentunya akan menyinggung banyak pihak. Kan? 

Mentor saya pernah kata, kalau hati tersinggung, tu tandanya seseorang tu masih punya hati. Lagi satu dia tambah, bila kita tersinggung dan terasa ni, maknanya apa yang kita dengar tu ada benarnya. 

Kalau tak banyak, at least sikit-sikit ada yang betul. 

Boleh juga kalau nak kata perasaan tu seolah-olah macam kena tumbuk kat dagu. Lagipun, kalau benda tu tak betul (which is LEMBAB), buat apa nak terasa? 

Anggap saya ni merepek sendiri, udahlah. 

Kalau rasa apa yang saya kata ni ada betulnya... apa tunggu lagi? Berubah le...

Alkisah nak diperkatakan cerita tentang platform buat duit dengan menulis review yang dikenali dengan nama advertorial.MY

Untuk sertai platform ini, satu jumlah yuran akan dikenakan. 

Ramai juga blogger yang merungut sebabnya yurannya agak MAHAL. Ye la... RM59.90 bukanlah satu angka yang kecil. 

Saya sendiri akui. 

Lainlah kalau anda memang dari jenis yang ada banyak duit. 

TETAPI... berapa ramai yang perasan, yang sebenarnya pada peringkat awal-awal dulu, masa platform ni baru mula-mula dilancarkan, ia hanya mengenakan bayaran serendah RM29.90 sahaja!

Ini ha buktinya. Yuran yang saya bayar sebelum ni hanya serendah RM29.90 


Masa awal-awal dulu, berapa ramai yang ambik peluang ni? Ke lagi ramai yang suka untuk ambik pendekatan... nak tunggu dan lihat je dulu. 

Itulah masalahnya. 

Inilah yang saya cuba sampaikan. Nampak tak betapa LEMBAB nya tindakan sebahagian dari kita. 

Ada peluang masa harga murah dan rendah, lembab. Tak nak segera grab the opportunity.

Sekarang memang tak ada peluanglah nak dapat harga yang murah macam tu. 

Anda boleh lihat sendiri di laman web mereka disini.

Anda cuma nak baca review laman web Advertorial.MY?




Khamis, 11 September 2014

Ulasan dan Review Panduan Jobdirumah

Bismillahir Rohmaanir Rohim

Rupanya agak lama jugak saya tak tulis sebarang update kat blog ni rupanya. Ok... masa untuk catch up semula kerja-kerja penulisan kat blog ni. Lagi lama dibiarkan tak berupdate, alamatnya akan makin bertimbun hutang kat diri sendiri. 

Jadi hari ini, saya nak setting semula target yang dah pernah terbabas dan tergelincir sedikit dari landasannya. 

Hari ini saya nak cerita tentang Panduan Program Bekerja Dari Rumah Oleh Jobdirumah.

Baru-baru ini, dengan tak semena-mena saya dapat satu emel notifikasi yang menunjukkan satu komisyen baru telah dijana menerusi link affiliate saya. 

What the H?

Sedikit terkejut. Almaklumlah, rasanya dah hampir setahun tak dapat sebarang khabar berita dari program ni. Entah kenapa, komisyen dah mula jarang-jarang saya terima. 

Bila saya semak-semak semula, baru saya perasan, kebanyakkan artikel-artikel promosi yang pernah saya tulis selama ni dah pun HILANG. 

Hilang as in gone. FOREVER. 

Masalah teknikal. 

Jadi tak apa, dengan kekuatan dan saki baki khudrat yang masih ada, saya usahakan sekali lagi untuk menulis artikel review terbaru mengenai program Jobdirumah


Boleh baca dengan menekan klik: Review penuh program bekerja dari rumah oleh Jobdirumah

Program jobdirumah memang cukup popular dalam kalangan blogger, affiliate marketer dan juga internet marketer. 

Pasti... sedikit sebanyak ada antara mereka yang menjadikan program ini sebagai lubuk mereka buat duit. 

Rata-rata internet marketer adalah freelancer. 

Sebagai freelancer ini pula, mereka perlu lebih kreatif untuk jana pendapatan bulanan bagi menampung kos dan perbelanjaan hidup mereka. 

Jadi, laman web ini memang salah satu sumber pendapatan. 

Pendaftaran RM50 akan dikenakan

Ini yang selalunya jadi penghalang kenapa orang ramai masih lagi tak berani nak invest untuk mendaftar sebagai salah seorang pengguna sistem Jobdirumah.

Nasihat saya, pastikan anda TAHU dan FAHAM apa sebenarnya yang anda bayar. 

Kalau anda rajin, anda sebenarnya tak perlu keluarkan duit untuk beli panduan seperti ini. Itu jika anda rajin. 

Dengan syarat tambahan, anda jangan kacau mana-mana kenalan yang memang buat kerja dari rumah dengan soalan itu ini. Macam mana nak buat duit dan sebagainya. 

Jangan... jangan... jangan. 

Semuanya anda kena settle sendiri ya. Jangan sibuk nak tanya orang. 

By the way, ada ke orang yang nak layan anda tu nanti? I doubt it.

Masa orang lain tu amat berharga. Tak kan ada yang dengan sesuka hati nak layan anda gitu-gitu je kalau anda tak beri benefit pada diri mereka. 

So samalah juga halnya dengan pihak Jobdirumah ni.

Kalau anda dah memang terror dan tak perlukan sebarang bantuan, maka anda tak perlukan khidmat JDR. Tapi kalau anda sendiri masih lagi blur blur dan tak tau apa pun mengenai cara dan teknik sebenar bekerja dari rumah... 

Anda sendiri tahu sama ada anda bakal perlukan panduan ini ataupun tidak. 

   

Rabu, 3 September 2014

Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 - Dah bersedia?

Kalau dalam artikel-artikel yang lepas, saya ada banyak bercerita mengenai Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam, namun dalam artikel kali ini, apa yang saya nak ceritakan adalah mengenai peperiksaan terbaru yang bakal diadakan iaitu peperiksaan online penguasa kastam Gred W41.

Untuk peperiksaan kali ini, semua calon kena bersiap sedia, dengan sebarang kemungkinan yang mungkin terjadi. 

Kalau dalam sesi peperiksaan yang lepas, kecoh... memang kecoh...

Sebabnya pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sendiri perlu mengeluarkan kenyataan mengenai suatu aktiviti yang dipercayai penipuan terancang. 

Sama ada betul atau tidak? 

Kita biarkan pihak yang berkaitan untuk menyiasat.. 

Namun, untuk meletakkan label penipu kepada Tim Info Kerjaya, itu merupakan tuduhan yang berat dan tak berasas.

06 September 2014 ini bakal teruji, calon-calon yang dipanggil untuk menduduki peperiksaan online tersebut. 

Memandangkan peperiksaan ini dijalankan hanya secara online, dan ia boleh diambil tak kira walau dimana lokasi calon berada, bermakna... 

Tak salah lagi kalau kita nak katakan yang ini merupakan open book test. 

Dalam banyak-banyak soalan, saya rasa yang paling mencabar sekali ialah untuk seksyen soalan Matematik. 

Mungkin... sebab saya sendiri dah lama tak study matematik. Kalau nak kena duduk exam semula... mau saya hantar semula paper kosong tanpa ada sebarang jawapan dalam tu. 

Mujurlah ... saya tak dipanggil untuk ambik exam ni. 
 

Jumaat, 15 Ogos 2014

Dua Perkara Berkaitan Exam Penolong Penguasa Kastam

Hari ni dah pun masuk 15 haribulan Ogos 2014. 

Ada dua perkara yang dah berlalu. Pertama, peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 pada 5 Ogos 2014 yang lepas. 

Saya bukan salah seorang calon yang menduduki peperiksan tu. Tapi saya faham, bila nak exam ni, ramai yang susah hati. 

Bila kita tak tau apa topik dan apa subjek yang nak distudykan, kita jadi runsing. Bila kita asyik study je pun sama jugak, hati jadi tak keruan. Macam mana kalau apa yang kita study kan tu tak sama, dan tak masuk pun dalam exam? 

Pening-pening. 

Dengar-dengarnya, masa exam yang kali pertama tu, ramai juga yang mengeluh sebab masalah sistem. 

Sebab tu tak lama lepas tu, pihak SPA maklumkan bahawa peperiksaan kali kedua bakal diadakan pada 13 Ogos 2014. 

Rujuk: Peluang kedua menduduki peperiksaan online penolong penguasa kastam gred W27

Untuk peperiksaan yang kali kedua ni pun dah habis. Tamat sudah.

Untuk peperiksaan kali ini, saya pun tak tau apa kisahnya. Entah apa ceritanya. 

Yang pasti, kedua-duanya dah tamat. Sama ada banyak atau tidak calon yang layak untuk ke peringkat seterusnya... itu tak pastilah. 

Saya tak ada maklumat tu :-) 

Sabtu, 2 Ogos 2014

SPA kenal pasti penipuan soalan peperiksaan jawatan kastam

Kat bawah ini adalah sumber berita yang disiarkan di akhbar online Utusan. 

Mari kita lihat kandungannya

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam berkata, pihaknya telah mengenal pasti terdapatnya penipuan mengenai soalan bagi peperiksaan jawatan penolong penguasa kastam Gred W27 yang akan diadakan pada Selasa ini.

Beliau berkata pihaknya mengesan penipuan melalui e-mel timkerjakerajaan@gmail.com yang mendedahkan contoh soalan untuk peperiksaan tersebut pada pukul 10 pagi semalam.

"Untuk makluman, SPA tidak pernah memaklumkan mana-mana pihak bagi tujuan tersebut. SPA menjalankan urusan mengikut prosedur yang ditetapkan dan setiap soalan yang bakal diduduki oleh calon adalah 'Rahsia' sehingga pada tarikh dan yang masa yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mahmood berkata, segala pengurusan dan penyediaan soalan diambil dari bank data soalan SPA yang mengikut standard dan kualiti sepertimana yang ditetapkan dalam MS ISO 9001:2008.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan penipuan tersebut, dan membuat urusan permohonan perjawatan atau peperiksaan dengan SPA secara terus," katanya.

Beliau berkata orang ramai yang ingin mendapatkan sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi SPA di talian 03-88856000 atau 03-88856028 atau 03-88856315 atau melayari laman web SPA di www.spa.gov.my. - BERNAMA



Apa yang sebenarnya ialah, tiada sebarang soalan bocor, soalan ramalan, mahupun soalan-soalan lepas untuk exam kali ini. 

Namun, jika anda mencari panduan yang boleh anda gunakan sebagai rujukan bagi membantu anda menjawab soalan peperiksaan, maka anda boleh muat turun di laman web rasmi Panduan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam

Isu Soalan BOCOR Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27

Buat pembaca dan pelawat blog ini yang bakal menduduki peperiksaan online Penolong Penguasa Kastam Gred W27 pada 5 Ogos 2014, iaitu bersamaan dengan hari selasa ini, anda disarankan untuk sentiasa membuat semakan di laman web rasmi Panduan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam bagi mendapatkan maklumat, info, tips dan update terbaru mengenai peperiksaan ini.

Nampaknya, entri saya sebelum ini yang bertajuk soalan bocor peperiksaan online penolong penguasa kastam, mungkin telah disalah erti oleh sesetengah pembaca. 

Ini biasa berlaku, lebih-lebih lagi kalau ada yang tak baca sampai habis, tetapi dengan segera terus buat kesimpulan sendiri. 

Ada yang menyangka, tim Info Kerjaya bertanggungjawab dalam menyebarkan soalan-soalan sebenar yang dikeluarkan oleh pihak SPA.

Ada juga yang sangka, soalan bocor memang betul-betul ada disebarkan bagi tujuan memudahkan calon membuat rujukan. 

Baiklah, itu semua salah sama sekali.

Yang sebetulnya, tim Info Kerjaya memang telah mula bergiat aktif membantu para calon menduduki peperiksaan SPA dan mereka sama sekali tidak pernah mengaku bahawa mereka mewakili pihak SPA, memiliki soalan bocor mahupun mempunyai set soalan sebenar. 

Anda boleh lihat sendiri, di laman web rasmi Panduan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam untuk bacaan lebih lanjut.

Masa semakin suntuk, jualan akan ditutup pada bila-bila masa. 
  

 

Jumaat, 1 Ogos 2014

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Muat Turun Panduan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 SEKARANG

Dalam artikel yang lepas, saya telah pun kongsikan mengenai soalan bocor peperiksaan online Penolong Penguasa Kastam Gred 27. Jika anda mengharapkan soalan bocor, anda mungkin akan kecewa, kerana atas isu keselamatan dan Akta Rahsia Rasmi (OSA) soalan bocor hampir mustahil untuk diedarkan kepada umum. 

Akan tetapi, jika anda inginkan set soalan yang hampir-hampir sama dengan soalan sebenar, anda boleh dapatkannya dengan muat turun di laman web Rasmi, Panduan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam ini.

Sekarang anda dah tahu mengenai laman web tersebut. 

Jadi, dalam artikel kali ini, kita akan bincangkan pula, 10 sebab kenapa anda perlu dapatkan panduan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam ini. 

Adakah anda dah sedia? Jom teruskan pembacaan.

1. Ini kali pertama anda menduduki peperiksaan untuk menjadi penjawat awam 

Pastinya susah untuk anda dapatkan panduan dan rujukan yang tepat untuk anda baca. 

Anda mungkin boleh tanya pada rakan-rakan lain yang pernah mengambil ujian untuk menjadi penjawat awam, tetapi adakah untuk position yang sama seperti anda, iaitu Penolong Penguasa Kastam Gred W27?

Oleh sebab itu, jangan buang masa tanya pada orang lain, sedangkan soalan yang mereka perlu jawab, langsung tak sama dengan apa yang anda bakal lalui 5hb Ogos nanti. 

2. Anda tak tau soalan, bentuk soalan dan format soalan 

      faktor utama kegagalan calon adalah kerana tidak tahu format soalan 

Itulah antara hasil kajian yang dilakukan oleh Tim Info Kerjaya daripada calon-calon yang menduduki peperiksaan kerajaan.

Sebab tu, jika anda adalah kali pertama menduduki peperiksaan ini, dan anda langsung tak tau macam mana bentuk soalan, peluang untuk anda lulus exam ini sangatlah tipis. 

3. Hingga pada saat ini, beratus-ratus calon dah dapatkan Panduan ini

Ini sekaligus meningkatkan kebarangkalian untuk mereka lulus exam Penolong Penguasa Kastam Gred W27 untuk tahun 2014 ini. 


Anda boleh juga lihat di laman web rasmi Panduan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam untuk meilhat paparan yang lebih jelas. 

Mereka yang dah membuat tempahan ini, pasti akan turut ambil exam bersama-sama anda nanti. Dah tentunya mereka ada peluang yang lebih cerah berbanding anda yang tak ada sebarang panduan. 

4. Anda pernah gagal dalam mana-mana exam kerajaan 

Ini satu lagi sebab paling konkrit untuk anda dapatkan panduan ini. 

Jangan jadikan pengalaman gagal anda sebelum ini berulang. Ingat, lain exam, lain juga bentuk soalan yang akan ditanya.

5. Anda memerlukan short cut untuk berjaya dalam peperiksaan ini 

Tak salah lagi panduan ini memang untuk anda.

Baik download segera sebelum pesaing anda muat turun terlebih dahulu. 

Lagi cepat anda download, maka lagi banyak masa yang anda boleh luangkan untuk study panduan ini. 

6. Anda memang nak berjaya lulus dalam peperiksaan Penolong Penguasa Kastam kali ini 

Jika jawapan anda ialah Ya.

Dapatkan panduan ini. Peluang untuk duduki exam ini bukannya datang selalu. Jadi, jangan sia-siakan peluang tersebut.



7. Anda perlukan info "sebenar" mengenai GST 

Mungkin ada yang tidak tahu GST dikendalikan sepenuhnya oleh pihak KASTAM dan anda pula bakal menduduki peperiksaan jawatan Penolong Penguasa Kastam!


Anda mungkin dah pernah dengar macam-macam info mengenai GST sama ada di media masa mahupun melalui media sosial. 


Awas... Info yang anda perolehi mungkin tidak sama seperti info yang dimahukan oleh pihak Kastam. Lebih-lebih lagi jika anda banyak baca info GST daripada laman web luar negara, ataupun info yang disediakan oleh pihak kerajaan Pakatan Rakyat. 



Info tersebut, walaupun mungkin ada benarnya, ia mungkin "tak sama" seperti yang dimahukan dan dikehendaki oleh pihak pengurusan Kastam.

Sebab tu perlunya anda rujuk panduan ini, sebab didalamnya turut dimuatkan info mengenai GST. 

Baca lagi: Contoh soalan berkaitan GST 

8. Set dan bentuk soalan mengenai GTP 

GTP adalah singkatan bagi Government Transformation Programme. Ini adalah antara bentuk soalan yang popular yang sering ditanya dalam exam. 

Anda boleh baca mengenai GTP di laman web PEMANDU, namun belum tentu lagi anda mampu untuk jawab soalan, mengikut skema jawapan yang dikehendaki oleh pemeriksa nanti. 

Baca lagi: Contoh soalan dan jawapan mengenai GTP 

9. Anda memerlukan pengetahuan mengenai jawatan yang dipohon 

Jangan jadi macam setengah calon. Ambik exam tapi tak tahu apa fungsi dan peranan jawatan yang dipohon.

10. Anda menghargai masa anda 

Sekarang ni masih lagi dalam mood raya. 

Jadi, jangan bazirkan masa anda untuk baca bahan rujukan yang langsung tak ada kaitan dan mungkin tak akan disoal langsung semasa exam nanti. 

Ini bukan masanya untuk anda tambah pengetahuan dan sebagainya. 

Di saat-saat ini, anda patut lebihkan baca bahan bacaan yang berkaitan dengan peperiksaan Peniling Penguasa Kastam sahaja. Yang lain-lain yang tak ada kaitan, anda boleh baca selepas exam atau dimasa lain. 

Jangan sia-siakan masa dan tenaga anda. 

Muat turun panduan jawab exam dan contoh set soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 disini

  


    

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...