Memaparkan catatan dengan label Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Ogos 2014

SPA kenal pasti penipuan soalan peperiksaan jawatan kastam

Kat bawah ini adalah sumber berita yang disiarkan di akhbar online Utusan. 

Mari kita lihat kandungannya

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam berkata, pihaknya telah mengenal pasti terdapatnya penipuan mengenai soalan bagi peperiksaan jawatan penolong penguasa kastam Gred W27 yang akan diadakan pada Selasa ini.

Beliau berkata pihaknya mengesan penipuan melalui e-mel timkerjakerajaan@gmail.com yang mendedahkan contoh soalan untuk peperiksaan tersebut pada pukul 10 pagi semalam.

"Untuk makluman, SPA tidak pernah memaklumkan mana-mana pihak bagi tujuan tersebut. SPA menjalankan urusan mengikut prosedur yang ditetapkan dan setiap soalan yang bakal diduduki oleh calon adalah 'Rahsia' sehingga pada tarikh dan yang masa yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mahmood berkata, segala pengurusan dan penyediaan soalan diambil dari bank data soalan SPA yang mengikut standard dan kualiti sepertimana yang ditetapkan dalam MS ISO 9001:2008.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan penipuan tersebut, dan membuat urusan permohonan perjawatan atau peperiksaan dengan SPA secara terus," katanya.

Beliau berkata orang ramai yang ingin mendapatkan sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi SPA di talian 03-88856000 atau 03-88856028 atau 03-88856315 atau melayari laman web SPA di www.spa.gov.my. - BERNAMA



Apa yang sebenarnya ialah, tiada sebarang soalan bocor, soalan ramalan, mahupun soalan-soalan lepas untuk exam kali ini. 

Namun, jika anda mencari panduan yang boleh anda gunakan sebagai rujukan bagi membantu anda menjawab soalan peperiksaan, maka anda boleh muat turun di laman web rasmi Panduan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam

Khamis, 31 Julai 2014

Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27

Adakah anda antara yang dipilih untuk menduduki peperiksaan bagi menyandang jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27?

Jika jawapan anda adalah 

YA

Tahniah saya ucapkan. 

Saya difahamkan, pada asalnya, posisi Penolong Penguasa Kastam Gred W27 ini tidak termasuk dalam takwim SPA. 

Mereka yang layak untuk menduduki peperiksaan ini dipanggil menerusi SMS.

Jadi, maklumat yang saya ada ini mungkin berguna untuk membantu anda mendapatkan jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 ini. 

Muat turun contoh soalan disini

Sila rahsiakan laman web tersebut

Baiklah, jika anda mencari maklumat tambahan mengenai peperiksaan Penolong Penguasa Kastam ini, sila teruskan pembacaan... 

Syarat Lantikan:

i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ]

ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ]

iii. Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan: RM1,667.08 ]

iv. lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i. mempunyai kelayakan seperti di atas; atau

ii. lulus Peperiksaan Khas; dan

iii. berumur kurang dari fifty four tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas :

i. Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.

ii. Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.

iii. Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.

iv. Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.

v. Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.

vi. menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.

Peperiksaan ini akan dijalankan secara online sahaja. 

Namun, jangan anggap ianya mudah. Sebagai langkah persediaan, apa kata anda muat turun terlebih dahulu set soalan contoh dan juga panduan untuk menjawab soalan-soalan exam tersebut. 


Saya doakan semoga anda berjaya.



 
  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...