Ahad, 22 Ogos 2010

Wah... Jumpa Jugak Kita Kat Facebook eh

Dah lame weyh... siyes dah lame aku try nak carik this person.

Yang pasti dulu, lepas habis je sekolah rendah, kawan-kawan kelas semua bertebaran entah kat mana. Bagi aku kawan sekolah rendah ni agak nostalgia.

Memasing pendek-pendek, comot-comot, pakai tudung pun senget-senget, cermin mate besar, pakai songkok kecik and ade jugak memandai-mandai nak pakai kopiah pegi sekolah. Eeceh2, kena jentik ngan cikgu disiplin baru tau.

Selain fizikal dah berubah, perangai, penampilan and almost everything dah banyak berubah.

Kalau dulu dia ni nampak macam mangkuk je, sekarang dah tak lagi. Maybe dah jadi besen sekarang (ngeh3)

Soalan ni tak sempat aku nak jawab tadi..

"Kenapa aku carik ko"

Ha'a, soalan ni nampak macam simple... Tapi susah weyh nak jawab.

Silap2 orang boleh misinterpret, and aku sndiri pun takut jugak kalau2 aku tersalah explain. By the way, aku akan still cuba jugak la nak jawab eyh.

Memang aku try nak carik ko selama ni, sebab kita pernah jadi kawan once upon a time in primary school dulu.

So, bila dah masuk sekolah menengah, sambung kat kolej, and teringat balik pulak dekat kawan2 sekolah masa zaman kecik2 dulu, automatik jadi rindu pulak.

Ye r, bukan senang nak jumpa lagi.

Dalam kelas darjah 6 dulu tu pun, kalau tak silap ada dalam 30+ sumting student dalam tu, tapi cume berapa je yang aku dapat jumpa balik. Yang dah lupe 'my existnce' pun mungkin ramai.

Hahaha aku pun tak terkecuali. Aku pun dah lupa ramai orang.

But I know, the memory is there. As long as we try, kita akan dapat ingat balik.

If friends is just like a star, We know they are somewhere, shining beautifully, but where they really are... Nobody knows.

Owh... By the way.

Reunion dekat facebook. hhhee

Not bad jugak.

Blog Ini Bernilai 50 Sen Dah!

Pejam celik pejam celik, baru aku perasan yang memang aku dah mula tak buat pape dalam blog ni.

Bukan ape, cuma dah tak ada benda sangat nak di celoteh dalam blog ni,

Aku sendiri pun layan blog ni macam diari je. Satu diari yang aku sendiri jarang-jarang nak menulis. Kerajinan untuk aku menulis dalam blog ni tak ada sangat.

Tapi apa pun, aku solute jugak dengan blog ni, dalam diam dah 50 sen blog ni hasilkan. hha

Ape r kan, 50 sen nak kecoh kan. Mana tak kecohnye, 50 sen tanpa ada nak buat pape. Just buat pandai je.

Blog ni aku dah memang anak tirikan la. Ala, blog free la kate kan. So, aku lebih fokus dekat blog aku yang satu lagi je la. MohdSabree.com

Owh by the way, sejak akhir-akhir ni aku semakin rajin online dekat facebook. ntah kenapa. tak tau apa yang specialnye sampai boleh captured interest aku duk layan facebook je.

Memang betul r, facebook is addicted.

Sampai terabai sekejap blog ni

wu wuwu

Sabtu, 24 Julai 2010

Ada Ke Tempat Untuk Orang Bangang Dekat Dunia ni?

Kalau bagi aku, memang la ada.

Tuhan tak pernah membeza-bezakan hamba-hambanya mengikut tahap kecerdikan mental, mahupun setinggi mana IQ yang mereka ada, tapi Allah menilai sejauh mana keimanan mereka terhadap Allah.

Dan diciptakan jugak manusia itu dari pelbagai latar belakang, pelbagai fahaman dan kaum, adalah tak lain dan tak bukan, bagi saling mengenali antara satu sama lain, di samping mengembangkan syiar Islam di muka bumi ni.

Bukan lah untuk bermegah-megah siapa yang lebih hebat, siapa yang lebih layak untuk tersenarai sebagai individu yang terkaya di Malaysia mahupun di dunia. Owh! Tak sama sekali.

Tapi dah semulajadi sifat manusia, suka sangat meletak kelas-kelas tertentu pada seseorang individu.

Manusia dikelaskan mengikut kaum, mengikut rupa paras, mengikut pekerjaan, mengikut ketinggian atau kerendahan ilmu, mengikut kawasan, dan macam-macam lagi jenis kelas. Padahal semua manusia yang ada di dunia ini tetap berasal dari manusia yang sama. Adam.

Kenapa perlunya ada kelas antara sesama manusia? Kita semua adalah dari baka yang sama. Kalau buruk seseorang tu, bukan ke kita patut rasa bersalah, yang kita juga sebenarnya bertanggungjawab atas keburukkan orang tu.

Memang kita tak akan mampu untuk buat semua perkara, tapi kan tak jugak bermakna kita patut tinggalkan semua perkara

Selasa, 20 Julai 2010

Dulu dan kini

Get ready to face the world! Uh huh.

Banyak benda dah berubah pada aku lepas aku masuk company Berjaya Corporation ni. Walaupun aku masuk dengan tiket internship student, tapi banyak jugak yang aku belajar dan jugak yang terpaksa aku belajar.

Tak semua menarik, tapi it is quite fun.

Owh baru-baru ni ada cek blog ni, dan discover ada somebody sudi nak follow blog ni. Yup thanx ecah. Lame jugak tak jumpa and gi makan2 sekali. hho

Jumaat, 9 Julai 2010

25 Sen Pun Duit Jugak


(Klik Untuk BesarkanYe)

Dah lama jugak aku create blog ni, dan dah lama jugak la aku tinggalkan blog ni.

Dalam blog ni banyak yang personal, banyak benda yang aku merapu saje2.

Saje nak simpan, nak catit, so that maybe one day nanti aku akan dapat ingat balik ape pernah aku buat.

Tapi macam blog2 aku yang lain jugak, aku daftarkan blog ni dengan Nuffnang.

Hmm.. tak pernah nampak blog ini mendatangkan klik, alih2 bila tadi tengok balik...

Ooo... Ada rupenye yang tolong klik.

Ok ok tengkiu. Hopefully orang yang klik tu sebab betul2 nak tau ape kandungan iklan tu la. Bukan sebab nak derma aku 25 sen.

Owh...

Kalau la ade 100 blog dan semua blog ni boleh dapat 25 sen... Dah RM25.00 dah tu.

Macam mane pulak kalau dah ada 1,000 blog? Tak ke RM250.00 tu.

Wah gile r... Merepek pun ada. Sapa yang nak buat sampai 1,000 blog ni. Fulltime blogger pun belum tentu ada yang nak buat macam tu.

Tapi one thing for sure, actually blog2 lama pun mampu untuk hasilkan duit, cuma lame la..
Macam ada, and macam tak ada.

Tapi ada beza ke?
25 Sen pun tetap duit kan?


Ahad, 24 Januari 2010

Malas

Punca utama kenapa manusia kurang berjaya dalam dunia ini, ialah suatu penyakit yang dikenali sebagi MALAS!

Ya, secara tak disedari rupenye aku pun mengidapi penyakit tu jugak. Ah ni bukan penyakit yang biasa2 dan bukan senang nak diubati. Penyakit ni bukan jenis yang kita boleh dapat penawar die dekat mana2 farmasi.

Tengok la ni, aku nak menulis dalam ni pun punye lah malas!

Sabtu, 23 Januari 2010

Diari Budak U

Macam mana la aku ni, buat kerja selalu sikit2. Contoh macam blog ni la, suke sangat aku pasang blog banyak2. Kalau rajin sangat aku nak update blog tu lain la cerite kan. (huh)

Baru je semalam aku buat lagi satu blog, niche budak Universiti. Aku nak menjadikan kehidupan sebagai pelajar di universiti sebagai topik tulisan aku pulak. Mungkin sebenarnye aku ni sangat sayang untuk berpisah dengan studuent life, sebab tu aku buat yang bukan2 macam ni.

Sape nak jadi reader? I dun know...sape2 yang ada masa kot. Aku mane la tau, aku cume minat nak menulis je.

Jom saksikan dekat url ni ye

DiariBudakU.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...