Masalah FB kena block, sebab terlalu banyak sangat buat iklan. Iklan tu dah jadi macam SPAM.
Dalam sehari, sampai beribu-ribu iklan yang dihasilkan. Maklumlah, buat iklan guna software atau apps. Software ni pula akan buat kerja copy paste iklan pada group yang pernah disertai.
Memang tak terasa penatnya.
Buka software tu, seterusnya biarkan software bekerja dengan sendirinya.
Tau-tau kita punya iklan dah tersebar dekat berpuluh-puluh group yang kita join.
Saya tidak menaruh harapan dan kepercayaan terhadap software seperti ini. Pada saya, penggunaan software seperti ini sangatlah berisiko.
Salah satu kesan negatifnya ialah, kita akan mula dihalang dan disekat untuk buat sebarang posting di group yang kita join. Sekatan ini mungkin terjadi disebabkan pemilik group yang banned posting kita.
Saya cuba membantu seberapa banyak yang boleh, kawan-kawan yang dalam kesusahan dan yang ada masalah kewangan.
Macam mana cara saya nak bantu kawan yang ada masalah kewangan? Adakah dengan memberi dia pinjaman duit?
Sudah tentulah jawapannya tidak mungkin.
Saya juga tak banyak duit. Sebelum mampu nak hulur duit dekat orang lain, untuk kegunaan sendiri pun kadang-kadang tak lepas.
Ada hutang yang saya terlepas pandang. Tak berjaya nak bayar. Bukannya sengaja tak nak bayar, tapi memang tak ada lebihan duit untuk bayar hutang tu.
Maka jadilah ia makin panjang, masa yang diperlukan untuk bayar dan selesaikan hutang-hutang tersebut.
Niat untuk selesaikan hutang-hutang yang ada, tak pernah saya padamkan. Malahan saya sebenarnya berusaha lebih kuat dari sebelum ini, sebab nak fokus kepada bayar hutang.
Cuma yang agak menyedihkan, apabila terkadang tu usaha yang kita berikan masih tak cukup atau tak berhasil. Tak apalah, yang itu mungkin kita boleh anggap yang rezeki masih belum menyebelahi diri ini.
Jadi, macam mana saya bantu kawan-kawan yang ada masalah duit?
Oleh sebab saya tak mampu nak bantu dengan memberi wang ringgit, jadi saya cuba bantu dengan cara yang saya mampu lakukan.
Saya kan ada blog.
Saya juga tawarkan servis penulisan artikel advertorial melalui blog saya. In Shaa Allah, siapa yang ambil servis iklan dari saya, akan dapat jualan yang berpunca dari blog saya.
Apa yang kita boleh pelajari, daripada rutin harian seorang individu yang bergelar Internet Marketer?
Hari ini semua orang adalah Internet Marketer.
Kalau anda pernah menggunakan mana-mana akaun social media, untuk memberitahu mahupun bercerita tentang sesuatu produk atau pun servis, maka anda sebenarnya telah melakukan kerja-kerja pemasaran.
Sama ada anda sedar atau pun tidak, anda sebenarnya telah menggunakan internet sebagai satu kaedah untuk menjalankan pemasaran.
Satu masa dulu, setiap kali kita sebutkan tentang Internet Marketer, ia lebih cocok dengan individu yang menggunakan kaedah pemasaran menggunakan platform seperti laman web atau pun pemasaran melalui emel.
Tapi kini, kita berada dalam zaman media sosial.
Bulan Oktober dah pun pergi meninggalkan kita.
Bulan lepas, memang tepat dengan lagu Awie yang bertajuk Tragedi Oktober tu. Saya rasa, macam banyak perancangan yang tak begitu menjadi pada bulan tersebut.
Saya nak cerita tentang program affiliate yang saya sertai.
Bagi yang sebelum ini pernah ikuti penulisan saya, sama ada di blog ini ataupun di blog-blog saya yang lain, pasti anda tahu yang saya ini mencari rezeki melalui program affiliate.
Memang banyak jugalah program affiliate yang saya sertai. Ada program affiliate yang dikendali oleh syarikat besar, misalnya seperti program affiliate Lazada hinggalah ke program affiliate yang dianjurkan oleh orang perseorangan.
Saya tak kisah sangat pun tentang siapa yang kendalikan program tersebut.
Saya rasa, masa macam berlalu dengan sangat pantas. Saya rasakan seolah-olah, macam baru semalam saya balik bercuti dari Kundasang, Sabah.
Tapi sebenarnya, dah hampir sebulan ia berlalu.
Aduhai. Mood masih lagi dalam mode bercuti. Saya rasa, kan bagus kalau satu hari nanti, saya boleh bekerja sambil bercuti.
Sambil bercuti saya bekerja.
Nampak macam tengah bercuti, tapi sebenarnya tengah bekerja.
Nampak macam tengah bekerja, tapi rupanya tengah bercuti.
Waktu paling seronok untuk bekerja, bagi saya adalah pada lewat malam. Malam tu, tak ada lah malam sangat.
Lebih kurang atas pukul 12 macam tu pun ok. Saya dapati, daya kreativiti, tenaga dan semangat saya nak bekerja sangat membuak-buak pada waktu tu.
Dulu, saya tak perlu risau nak kena drive jauh-jauh awal pagi, jadi saya rasa tak ada masalah kalau nak tidur jam 3 pagi atau 4 pagi sekalipun.
Sekarang ini, sejak beberapa bulan yang lepas, jadual saya mula berubah. Dulu setiap pagi, saya cuma perlu drive sejauh lebih kurang 4 atau 5 km sahaja.
Dari rumah ke stesen LRT.
Tapi tak lama lepas tu, ada yang demand, mintak saya hantar sampai ke ofis. Maka perjalanan bertambah, dari hanya 4 atau 5 km, menjadi 23 km atau mungkin lebih.
Saya pernah ada hasrat nak dapatkan sekurang-kurangnya satu peranti yang boleh digunakan untuk menyukat, berapa banyak jumlah langkah yang saya dah buat dalam satu-satu masa.
Sebelum ni, saya jatuh hati dengan gadget Xiaomi Mi Band 2 ini.
Saya rasa lah kan... bila ada peranti macam ini, secara tak langsung, ia akan buatkan saya rasa lebih semangat nak lakukan aktiviti senaman ringan seperti berjalan kaki.
Saya banyak juga berjalan, cuma tak tau, berapa banyak langkah yang dah dilakukan dalam sehari. Mungkin, dengan adanya peranti macam Xiaomi Mi Band 2 keluaran Xiaomi ini, ia dapat memberi saya lebih motivasi untuk jaga kesihatan.