Selasa, 1 September 2015

TERBARU: Harga petrol RON95, RON97 dan Diesel untuk September 2015


Setiap bulan, rakyat Malaysia akan berdebar-debar menunggu pengumuman harga runcit petrol yang bakal diumumkan. Sama ada harganya bakal meningkat, ataupun akan diturunkan? 


Tiada lagi pengumuman awal dibuat. Kononnya bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di petrol pump. Karut. Kesesakan ni berlaku sebab kerajaan naikkan harga minyak. 


Ko ingat kalau harga minyak turun, akan berlaku kesesakan jugak ke? Dah tentu pengguna akan isi minyak hari esoknya, ketika harga minya turun!

 


Sebenarnya seperti yang diduga, harga petrol akan turun. Pertama, sebab harga minyak dunia sekarang ni jatuh... dan kedua sebab BERSIH 4.0

Isnin, 31 Ogos 2015

Apa hasil daripada perhimpunan Bersih 4.0 selama 34 jam?


Cuti panjang ni, iaitu dari 29, 30, dan 31hb saya kurang online. Sesekali saya akan semak emel yang saya terima, menerusi phone saya menandakan ada tempahan baru untuk servis advertorial yang saya tawarkan. 


Selain daripada tu, ada la jugak masa-masa tertentu saya perasan, ada komisyen yang masuk dari program affiliate yang saya promosikan. Alhamdulillah.


Pada hari yang SAMA, perhimpunan Bersih 4.0 diadakan diibu kota. 

 

Akhbar Sinar Harian Online melaporkan:

Jumaat, 28 Ogos 2015

Efektif ke tindakan SKMM sekat laman web promosi Bersih 4.0


MUNGKIN... Just mungkin. Atau dalam bahasa Inggerisnya MAYBE dengan tindakan pihak SKMM menyekat laman web yang mempromosikan Bersih 4.0 ini akan dapat menyekat penyaluran maklumat dari pihak penganjur kepada para peserta.


 

Saya tak tau, sama ada wujud lagi ke orang yang tak reti nak bypass SKMM blocked?

Isnin, 24 Ogos 2015

1 usd bersamaan dengan RM4.21


Satu kejutan yang tak disangka-sangka bila saya lihat kadar tukaran matawang antara RM dengan USD dah jadi macam ni: 

 

1 USD bersamaan dengan RM4.21


Kegilaan apakah ini?!


Sampai bila nak macam ni? 

 
 

Rabu, 29 Julai 2015

Bagaimana cara kumpul likes dari FB Fanpage sedia ada?


Baru-baru ni, saya ada terbaca satu tips kumpul likes yang banyak dari salah seorang Internet Marketer luar negara. Pada saya tips yang beliau sarankan agak menarik, walaupun ia biasa-biasa sahaja. 


Apa yang menariknya bagi saya ialah, tips tersebut memang berkait rapat dengan tajuk yang saya nak bincangkan sekarang ni iaitu bagaimana cara nak kumpul likes dari FB Fanpage sedia ada.


Ramai sebenarnya yang menggunakan pendekatan yang salah semasa mengumpul likes, spesifik untuk tarik likes dari fanpage sedia ada.


Tak kiralah sama ada anda ingin tarik likes dari page yang anda adalah adminnya ataupun dari page orang lain. Apa yang anda benar-benar perlukan adalah likes yang berkualiti. Untuk mendapatkan likes yang berkualiti pula, ia bukannya suatu tugasan yang mudah, setuju? 


Rahsia untuk dapatkan likes yang berkualiti dari page sedia ada ialah: 


Jeng jeng jeng... 


Selasa, 23 Jun 2015

Bisnes anda perlukan lebih banyak publisiti atau tidak?



Anda ada sesuatu untuk dijual?


Bagus. Jika anda mempunyai sesuatu untuk dijual, bermakna, pada waktu ini, anda memerlukan seseorang untuk dijadikan pelanggan anda.


Anda tahu anda ada barang yang boleh dijual. TETAPI... Adakah bakal pelanggan anda tahu, anda ada produk yang diperlukan oleh mereka bersama anda sekarang ni?


Jadi, apa kata saya tanyakan sekali lagi. Adakah anda memerlukan publisiti untuk perniagaan anda?


Apa boleh BELI dengan RM50?


Seriously... saya sebenarnya amat-amat rindukan zaman ketika RM50 mempunyai nilai yang SANGAT BESAR.


Pada waktu tu, RM50 yang ada dalam tangan, boleh bertahan lebih seminggu! Kalau nak beli makanan, pun tak semahal mana. Andai kata la kan, kalau anda nak gunakan RM50 tu khusus untuk beli makanan je, memang saya yakin, selepas seminggu, duit RM50 tu pun masih ada banyak lagi bakinya. 


DULU... makanan tak mahal macam sekarang. Cerita dari segi kuih muih la ya, pada masa tu, kebanyakkan kuih semuanya besar-besar. Cukup ramuannya, dan sedap pula rasanya. Satu dua biji dah cukup mengenyangkan. 


Sekarang? Sebiji kuih dijual dengan harga 50 sen! Ingat boleh kenyang ke makan sebiji kuih je? 

.

..

RM50 sekarang dah susut nilainya.




Bawalah RM50 ke shopping complex, masuk ke mana-mana restoran yang ada, jika untuk seorang makan, dengan mudah anda akan di caj sekitar RM15 - RM20. 


Bayangkan jika anda berdua? Yes. Selesai RM50 ataupun at least berbaki RM3 - RM4 duit anda tu tadi.  Tak sampai 1 jam, dan yang BESTNYA, RM50 tu mungkin bersamaan dengan gaji anda apabila bekerja sehari suntuk.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...