Memaparkan catatan dengan label nilai RM menyusut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nilai RM menyusut. Papar semua catatan

Selasa, 23 Jun 2015

Apa boleh BELI dengan RM50?


Seriously... saya sebenarnya amat-amat rindukan zaman ketika RM50 mempunyai nilai yang SANGAT BESAR.


Pada waktu tu, RM50 yang ada dalam tangan, boleh bertahan lebih seminggu! Kalau nak beli makanan, pun tak semahal mana. Andai kata la kan, kalau anda nak gunakan RM50 tu khusus untuk beli makanan je, memang saya yakin, selepas seminggu, duit RM50 tu pun masih ada banyak lagi bakinya. 


DULU... makanan tak mahal macam sekarang. Cerita dari segi kuih muih la ya, pada masa tu, kebanyakkan kuih semuanya besar-besar. Cukup ramuannya, dan sedap pula rasanya. Satu dua biji dah cukup mengenyangkan. 


Sekarang? Sebiji kuih dijual dengan harga 50 sen! Ingat boleh kenyang ke makan sebiji kuih je? 

.

..

RM50 sekarang dah susut nilainya.




Bawalah RM50 ke shopping complex, masuk ke mana-mana restoran yang ada, jika untuk seorang makan, dengan mudah anda akan di caj sekitar RM15 - RM20. 


Bayangkan jika anda berdua? Yes. Selesai RM50 ataupun at least berbaki RM3 - RM4 duit anda tu tadi.  Tak sampai 1 jam, dan yang BESTNYA, RM50 tu mungkin bersamaan dengan gaji anda apabila bekerja sehari suntuk.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...