Memaparkan catatan dengan label sistem jualan pro. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sistem jualan pro. Papar semua catatan

Ahad, 20 April 2014

Hasil Tangkapan Sistem Jualan PRO Untuk March 2014


Saya join program affiliate dari Sistem Jualan PRO sejak dari tahun 2013 lagi. 

Dah agak lewat join. 

Orang lain komisyen dah dapat beribu-ribu ringgit, saya pulak baru nak menapak komisyen ratus-ratus ringgit je baru :( 

Sama ada skil tak power. 

Stratgi tak mantap. 

Ataupun teknik kurang berkesan.

Ada banyak sebab la senang cerita. 

Lagipun sebelum-sebelum ni selalu jugak saya dengar keluhan dari prospek yang nak beli sistem jualan pro, tapi tak jadi nak ambik sebabnya harga dia agak tinggi.

Hmm... habis tu? Ingat saya beli dapat special price? Saya pun kena bayar harga yang sama jugak kot. 

Macam mana orang lain bayar, macam tu jugak la kos yang perlu saya tanggung. Sama je. 

Cuma saya tanamkan niat dan memang dah plan siap-siap, masa sebelum join tu, saya nak buat betul-betul. 

Saya akan buat promosi secara konsisten dan berterusan. 

Walaupun tak dapat komisen pun tak apa lah... janji buat promosi. 

Mesti kena buat. 


Itulah hasil tangkapan untuk bulan March 2014 yang lepas. 

Saya pun ada tulis artikel tentang komisyen ni di blog saya yang lain. Boleh klik sini kalau nak baca. 

Khusus untuk Sistem Jualan PRO ni, saya sengaja pilih affiliate ID yang lain sikit. Biasanya saya akan guna nama 'sabreehussin' sempena nama saya sendiri. 

Kali ni, nak ubah sikit pendekatan hhe

Biar orang tak kenal id tu. 

Nampak gaya macam menjadi strategi tu

Ps: Sebenarnya saya tengah tunggu komisyen untuk bulan April punya ni. Tunggu saudara Rahman Basri nak bank in komisyen untuk April pula...
 

Khamis, 14 November 2013

Sistem Jualan PRO Rahman Basri

Sistem Jualan PRO - Komisyen Affiliate 2 Level

Mungkin anda pernah dengar tentang Sistem Jualan PRO oleh Rahman Basri, tetapi anda masih lagi tak faham apa sebenarnya yang ditawarkan oleh beliau menerusi laman web tersebut.

Adakah ia MLM? Skim Piramid? Member get member? Skim cepat kaya?


Almaklumlah, bila kita bukak je laman web ni, terus kita ditayangkan dengan bank statement yang ratus-ratus nilainya. 
Macam tak percaya pun ada. Jadi dalam entri kali ini saya akan kupaskan mengenai sistem jualan PRO

Apa itu Sistem Jualan PRO?

Sistem Jualan Pro sebenarnya merupakan satu pakej yang menghimpunkan produk-produk terbaik & berkualiti tinggi yang boleh dijadikan rujukan oleh setiap ahlinya (pengguna) untuk memulakan perniagaan internet mereka sendiri.

Produk tersebut adalah hasil ciptaan pengasas Sistem Jualan PRO iaitu Rahman Basri sendiri.

Setakat hari ini, terdapat pakej produk eksklusif, pakej reseller dan pakej SMS di sediakan di ruangan membership.

Pakej Produk Eksklusif Sistem Jualan Pro


Boleh juga kalau nak kata ini antara produk utama.

    Pakej 1 – Video Tutorial Affiliate

    Pakej 2 – Ebook Tutorial Split Affiliate

    Pakej 3 – Video Tutorial Kumpul List Cara Premium

    Pakej 4 - Video Kajian Kes Jualan di Facebook

    Pakej 5 – Sistem SMS Automasi Jualan

    Pakej 6 – Sistem Buat Duit Pantas

Pakej Reseller

>> Sekurang-kurangnya terdapat 90 produk informasi yang boleh dijual semula.
   
>> Anda hanya perlu cari pasaran yang memerlukan produk yang disediakan dan jualkan semula untuk dapat untung 100%

Pakej SMS Automasi jualan

>> Langkah demi langkah cara nak gunakan kuasa SMS untuk dapatkan lebih banyak jualan diterangkan dalam pakej ini

>> Turut mengandungi step by step cara nak setup aplikasi ini di telefon bimbit anda

Salah satu perkara yang menarik tentang Sistem Jualan PRO ialah ia menawarkan program Affiliate tertutup hanya untuk pengguna sistem ini sahaja.

Komisyen yang ditawarkan adalah dua level.

Untuk level pertama, iaitu pelanggan yang membuat pembelian terus menerusi link affiliate anda, komisyen sebanyak RM100 akan dibayar.

Manakala pelanggan yang membuat belian menerusi Link Affiliate pelanggan anda, anda juga bakal menerima komisyen sebanyak RM50.

Produk utama yang terdapat dalam Sistem Jualan PRO adalah produk informasi dalam bentuk ebook, CD, dan juga video rakaman.

Ia menerangkan bagaimana menghasilkan pendapatan sebagai agen affiliate.

Sekiranya anda tak berjaya untuk hasilkan sebarang jualan, sebagai agen affiliate bagi produk Sistem Jualan PRO ini sendiri, sebenarnya, teknik yang bakal anda pelajari dengan merujuk kepada modul-modul yang terdapat dalamnya, anda boleh

1. Gunakan kaedah pemasaran yang diajarkan untuk jual produk sendiri.

2. Gunakan kaedah pemasaran yang diajarkan untuk promote produk affiliate tempatan seperti dari ashadee.com

3. Gunakan pemasaran yang diajarkan untuk promote produk affiliate luar negara seperti dari clickbank, jvzoo dan lain-lain. 

Informasi yang terdapat dalam modul sistem jualan pro bukanlah semata-mata untuk mempromosikan produk ini semata-mata.

Ini adalah kerana ia bersifat universal dan teknik diajarkan boleh digunapakai untuk mempromosikan apa jenis produk dengan menggunakan medium internet.

Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut, saya telah pun wujudkan satu blog khas bagi membincangkan tentang produk sistem jualan pro.

Layari >> http://jualanproreview.com
Bonus penyertaan dari saya >> http://jualanproreview.com/bonus-jualan-pro/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...