Kalau anda masih tercari-cari, siapa penulis blog yang ada tawarkan perkhidmatan menulis artikel advertorial... ni saya nak bagitau, saya ada tawarkan perkhidmatan menulis artikel advertorial.
Sebenarnya saya dah mula tawarkan khidmat tulis advertorial since 2014. Awal tahun lepas. Masa tu, saya baru dalam proses cuba-cuba menggunakan servis dari advertorial.MY untuk promosikan perkhidmatan menulis review dan advertorial dari saya.
Kali ini, saya buat kelainan sikit. Saja nak jadi rajin, dan keluar dari kebiasaan. Serabut kalau cuma bergantung harap pada platform orang lain. Better saya wujudkan platform saya sendiri.
Ini laman web yang saya gunakan untuk mempromosikan servis advertorial saya.
Boleh layari: http://servis-advertorial5.blogspot.com/
Baik, kita pergi ke topik yang lebih penting.
"Adakah perniagaan anda sesuai untuk dipromosikan menggunakan kaedah Advertorial?"
Jika anda tanya saya, saya akan jawab "why not?" Jika duit bukan penghalang, dan bukannya faktor utama yang anda jadikan benchmark untuk buat sesuatu keputusan, saya akan kata, advertorial ni memang sesuai untuk mempromosikan perniagaan anda.
Saya nak share sikit salah satu servis advertorial yang saya buatkan untuk klien saya yang menjalankan perniagaan kursus perkahwinan.

Artikel baru disiapkan pada dua hari yang lepas, pada waktu artikel ni saya catatkan.


