Memaparkan catatan dengan label jadi penulis boleh kaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jadi penulis boleh kaya. Papar semua catatan

Selasa, 27 Disember 2022

Kerja penulis boleh jadi kaya ke?

Kerja sebagai penulis ni, boleh jadi kaya ke? 

 

Sejak akhir-akhir ini, saya banyak berfikir mengenai hal-hal berkaitan dengan kewangan

 

Saya merasakan ada beberapa perkara dan keputusan yang berkaitan dengan kewangan, yang saya sebenarnya telah tersilap langkah. Apa boleh buat, semasa keputusan diambil, saya merasakan itulah tindakan yang paling tepat, tapi ianya tetap mempunyai kesan "dimasa akan datang"

 

Kini, that so called "masa akan datang" itu dah tiba. Saya perlu bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang pernah saya lakukan satu masa dulu. 

 

Boleh jadi, ini merupakan salah satu kesan sampingan, apabila saya mula banyak membaca bahan bacaan yang fokusnya adalah mengenai topik pengurusan kewangan. 

 

Sama ada suka ataupun tidak, saya kena fikirkan baik buruk dalam setiap keputusan yang diambil, terutama sekali apabila keputusan tersebut dapat memberi impak terhadap kedudukan kewangan peribadi saya. 

 

Soalan ini serius. 

 

"Boleh kaya ke kalau kerja jadi penulis ni sebenarnya?" 

 

Sebelum tu, perbincangan ini adalah tentang sama ada kita boleh jadi kaya atau tak bila kerja sebagai penulis. 


Saya bukannya nak bincangkan sama ada kerja sebagai penulis ini, boleh buat duit ataupun tak. 

Baca juga: Nak buat duit dengan menulis? Ini yang anda perlu tahu...


Setakat hari ini, saya sendiri bekerja sebagai seorang penulis, dan sudah tentu saya buat duit melalui kerja-kerja penulisan yang saya lakukan. 


Maknanya apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...