Memaparkan catatan dengan label formula income seumur hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label formula income seumur hidup. Papar semua catatan

Selasa, 2 Mei 2017

Kalau kita tak kaya, memang senang kena buli


Saya rasa setiap orang perlu ada cita-cita untuk jadi kaya. Kalaulah dalam dunia ni cuma ada dua pilihan, sama ada jadi kaya atau jadi miskin, maka pilihan itu nampak lebih jelas dan mudah.


Kita sama ada nak jadi kaya atau nak jadi miskin.


Tapi hidup kita ni bukannya semudah dan seringkas itu.


Antara nak jadi kaya atau nak jadi miskin, kat tengah-tengah tu masih ada banyak lagi pilihan.



Antaranya

- Hidup sederhana

- Hidup selesa walaupun tak kaya

- Hidup serba cukup

- Hidup ala kadar


Dalam kelompok kaya juga ada macam-macam kategori.

Jumaat, 28 April 2017

Laman web yang menghasilkan pendapatan PASIF seumur hidup


In Shaa Allah.


Satu perkara yang buatkan saya WAJIB jadi kuat untuk teruskan kerja-kerja yang saya buat selama ini, ialah kerana wujudnya "PELUANG" untuk saya hasilkan pendapatan pasif satu masa nanti.


Saya gunakan istilah PELUANG.


Bukannya JAMINAN. Bukan juga satu JANJI.


Tiada jaminan apa yang saya buat selama ini akan berikan saya pendapatan pasif, namun apabila saya lihat semula pencapaian sebelum-sebelum ini, saya mula perasan, there is a pattern, yang saya tak sepatutnya abaikan.


Dah beberapa kali saya hasilkan income, atau pendapatan dalam bentuk komisen tanpa saya sedar.



Ianya seolah-olah berlaku secara automatik.


Well... its not really automatic


Sebabnya, ada pada satu tahap, saya juga yang menulis tanpa mengenal erti penat dan jemu dalam blog-blog dan laman web yang saya kawal.


Khamis, 27 April 2017

Formula untuk menghasilkan income PASIF seumur hidup kini didedahkan


Memang ada pelbagai cara untuk hasilkan pendapatan pasif.


Sama ada kita perasan ataupun tidak. Bagi sesetengah orang, peluang tersebut memang dah terhidang dan tersedia di depan mata.


Tinggal nak ambik peluang sahaja.


Cuma yang menjadi persoalan ialah, adakah orang tersebut sanggup untuk berkorban apa yang diperlukan sama ada masa, tenaga mahupun wang ringgit bagi merealisasikan impian untuk mencipta pendapatan pasif.


Kalau kita baca buku-buku yang ditulis oleh Robert Kiyosaki, beliau seringkali mengingatkan kita untuk mencipta pendapatan pasif.



Kita akan sentiasa berada dalam "Rat Race" selagi mana kita masih lagi bergantung harap kepada pendapatan aktif.


Ini bukan bermakna pendapatan aktif itu tidak bagus, ataupun pendapatan pasif lebih bagus berbanding pendapatan aktif.


Jika kita melihat kepada proses untuk hasilkan pendapatan pasif dan juga pendapatan aktif, kita akan dapat lihat perbezaan yang sangat ketara.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...