Bila kali terakhir anda bawa anak-anak anda bermain di tepi pantai? Adakah beberapa minggu yang lalu? Atau beberapa bulan yang lalu? ... Ataupun mungkin beberapa tahun yang lalu?
Kebanyakkan kanak-kanak suka bermain dengan pasir pantai. Inilah masa untuk mereka menunjukkan kreativiti dan bakat terpendam yang ada pada dirinya.
Biasanya mereka akan mula dengan menconteng-conteng atas pasir. Kemudian, mereka akan mula mengeja sesuatu. Selepas itu mereka akan terus melukis corak dan gambar haiwan atau apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran.
Apabila mereka mula seronok dan leka bermain dengan pasir pantai, mereka akan duduk setempat dan mula menggenggam pasir tersebut dan cuba untuk membina sesuatu!

Sudah tentu anda perlu sentiasa beri pemantauan kepada anak-anak anda. Sebaik-baiknya, anda ada bersama dengan mereka dan turut bersama-sama mereka membina sesuatu.
Siapa tahu, daripada aktiviti yang anda lakukan bersama-sama ni, timbul minat dalam diri kanak-kanak tersebut untuk jadi seorang engineer ataupun arkitek bila dah besar nanti.
Titik permulaannya adalah daripada keseronokkan membina sesuatu dari pasir!


