Memaparkan catatan dengan label bayaran balik hutang ptptn. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bayaran balik hutang ptptn. Papar semua catatan
Khamis, 18 Jun 2015
Gaji kena tolak sebab tak bayar HUTANG PTPTN
"Bayaran balik hutang pinjaman PTPTN menerusi kaedah potongan gaji secara automatik."
Kalau tak silap saya, benda memang ada dalam butiran perjanjian masa nak ambik pinjaman dengan PTPTN. Kaedah bayaran balik macam ni lebih mudah sebenarnya. Tak perlu pening-pening nak asingkan duit, nak buat bayaran secara manual, nak walk in ke mana-mana cawangan PTPTN. Tolak gaji je senang. Apa-apa hal, gaji yang kita dapat tu, dah siap-siap ditolak dengan bayaran balik.
Apa yang kita dapat tu, boleh kita uruskan dengan sebaiknya. Pihak PTPTN happy sebab mereka akan dapat balik duit yang dia pinjamkan, dan kita pun hati tenang, sebab setiap bulan, hutang yang kita pinjam tu "manageable".
Hutang PTPTN: Tak mahu bayar atau TAK MAMPU bayar?
Benda ni yang saya duk fikir-fikirkan selama ni. Orang yang tak bayar balik pinjaman ni, sebab apa ya? Sebab dia tak mampu bayar, atau sebab dia memang tak nak bayar?
Ke sebenarnya mereka ni TAK MAMPU bayar?
Saya tak menidakkan hakikat, yang sebenarnya HUTANG ITU WAJIB dibayar, tak kiralah sama ada hutang tersebut adalah hutang yang dituntut ataupun tidak.
Cuma dalam kes bayaran balik hutang PTPTN ni, satu perkara yang buatkan saya terfikir...
"Kalau orang tu mampu bayar, dan dia memang ada lebihan wang untuk bayar hutang, adakah dia akan mengelak daripada perlu bayar hutang PTPTN?"
Langgan:
Catatan (Atom)



