Memaparkan catatan dengan label bahaya simpan barang dalam kereta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bahaya simpan barang dalam kereta. Papar semua catatan

Rabu, 7 Jun 2017

Bahaya bila simpan barang berharga dalam kereta


Saya rasa, nasihat ini memang dah banyak kali saya dengar. Jangan simpan barang-barang berharga dalam kereta.


Kenapa tak boleh simpan dalam kereta?


Sebabnya satu je. BAHAYA.


Sebelum ni, saya rasa tempat yang paling selamat untuk simpan barang adalah dalam kereta. Tapi setelah saya sendiri alami pengalaman hilang barang yang disimpan dalam kereta, maka pada hari ini saya rasa kereta adalah salah tempat yang paling tak sesuai kalau nak simpan barang.


Bila sebut barang berharga ni, ianya memang subjektif.


Bagi saya, kalau disebut barang berharga tu, ianya adalah seperti handphone, laptop, kamera DSLR, duit dan sebagainya.


Saya memang tak simpan barang-barang tersebut dalam kereta.


Kalau simpan pun hanya sekejap sahaja. Itu pun saya akan masukkan dalam boot kereta. Biasanya kalau saya nak singgah ke mana-mana shopping mall tapi tak nak bawa barang-barang tu semua, maka saya akan pindahkan ke boot kereta.


Baru-baru ini, saya rasa ada orang dah berjaya pecah masuk ke dalam kereta saya.


Hebatnya orang tu, langsung tak ada tanda-tanda yang menunjukkan ada orang yang dah pecahkan kereta tu. Nampak seperti biasa sahaja.


Saya boleh katakan, pencuri tu memang expert.


Ada dua barang yang hilang.

(1) GPS [klik sini untuk maklumat GPS murah]


(2) Smart tag yang masih ada baki nilai dalamnya 


Dua benda ni memang saya sentiasa simpan dalam kereta. Pada saya, dua benda ni adalah sesuatu yang biasa kalau dibiarkan dalam kereta.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...