Memaparkan catatan dengan label bagaimana bina laman web percuma. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Ogos 2017
Muat turun template minisite blogspot profesional untuk pemilik perniagaan homestay
Kerja yang saya lakukan memberi saya peluang untuk berinteraksi dengan ramai pemilik bisnes Homestay.
Ramai juga usahawan ini yang hanya fokus untuk mempromosikan homestay mereka menggunakan medium seperti Fb Fanpage, Fb personal profile dan juga pengiklanan berbayar menggunakan kaedah Google Adwords.
Saya tak ada masalah dengan kaedah-kaedah seperti itu.
Saya tak nafikan, memang cara tersebut boleh digunakan untuk mendapatkan pelanggan baru. Ia bukan sekadar boleh digunakan, malahan memang ada yang berjaya dapat penyewa.
Untuk meluaskan lagi capaian (reach) bakal penyewa yang mungkin akan memilih untuk menginap di homestay milik kita, kita perlu ada laman web khas.
Biasanya, apabila kita ada laman web kita sendiri, kita akan mudah untuk dapat bakal penyewa yang membuat carian homestay menggunakan servis carian search engine seperti google, yahoo dan sebagainya.
Maka kat sini saya dapat perhatikan, ramai juga yang tidak memberikan perhatian yang serius tentang aspek pembinaan sesebuah laman web.
Kalau ada laman web sekalipun, ianya tidak begitu menarik dan dibuat dengan cara yang tidak begitu profesional.
Khamis, 10 September 2015
Jangan susahkan apa yang dah sedia mudah
Simplicity.
Teknik simple. Atau apa-apa nama yang bersangkut paut dengannya. Yang membawa erti mudah atau ringkas.
Saya nak share kisah tentang software yang membantu saya bina laman web dengan pantas dan mudah. Software ini dinamakan dengan nama Blogspot2Minisite.
Amat sesuai untuk bangunkan laman-laman web yang bersifat try and error, atau temporary. Almaklumlah, kadang-kadang tu, bila kita launch sesebuah projek pembinaan laman web, kita tak tau masa depan laman web tu.
Adakah ada peluang untuk buat duit... atau pun kita hanya buang masa fokuskan pada projek yang langsung tak beri hasil?
Khamis, 12 Februari 2015
Nak Bina Laman Web PERCUMA atau berbayar?
Salah satu perkara wajib ada untuk membantu Internet Marketer seperti saya untuk buat kerja-kerja pemasaran secara online ialah memiliki laman web promosi saya sendiri.
Ya
Untuk setengah orang, mungkin mereka dah cukup yakin dan dah cukup puas hati setakat guna laman web Facebook sahaja untuk buat promosi. Tapi bagi saya, personally, ia masih belum cukup secure lagi.
Sebab tu, saya tetap akan buat back up dengan menyediakan beberapa laman web promosi untuk buat kerja-kerja pemasaran online.
Laman web ini pulak, anda boleh pilih, sama ada nak guna yang percuma atau yang berbayar.
Part percuma atau berbayar ni pulak saya perasan ramai yang salah anggap.
Tang mana percuma dia, dan tang mana pulak yang dikatakan sebagai laman web berbayar?
.
..
...
Cerita dia macam ni...
Bila orang kata laman web percuma, biasanya ia merujuk kepada laman-laman web yang dibina menggunakan servis dan platform yang disediakan oleh pihak ketiga.
Sebagai contoh, google. Pihak google turut menyediakan platform untuk kita mendapatkan servis pembinaan blog menerusi salah satu laman web milik mereka, iaitu blogger.com
Saya sendiri memiliki beberapa laman web yang dibina menggunakan servis percuma dari blogger, dan antara yang masih lagi aktif sampai sekarang ialah laman web yang saya bina untuk mempromosikan program referral WOW Tone Excel.
Ini laman web yang saya maksudkan: Tawaran Istimewa Tone Excel
Seperti yang anda semua dapat lihat, laman web tersebut memang SUPER SIMPLE. Ianya sangat mudah dibangunkan dan yang paling penting, ianya PERCUMA.
Kalau mahu, saya boleh bina 10, 20, 30, 50, 100 atau berapa-berapa banyak laman web yang saya suka. Jumlahnya tak terhad, dan suka ati saya la nak buat berapa banyak laman web!
Itu kelebihan memiliki laman web percuma yang pada pendapat saya, ia tak seharusnya dipandang remeh oleh sesiapa sahaja yang berminat nak ceburi bidang perniagaan dan pemasaran online.
.
..
Ok seterusnya saya akan sentuh serba sedikit mengenai laman web berbayar.
Laman web berbayar merujuk kepada laman web yang dibina menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat penyedia domain dan hosting.
Ada banyak syarikat penyedia perkhidmatan hosting diluar sana. Anda boleh pilih sama ada nak langgan servis dari syarikat penyedia hosting di Malaysia, ataupun syarikat dari luar negara.
Pada saya ia bergantung kepada anda.
.
..
Siapa target audience atau pelawat yang anda ingin sasarkan?
Adakah mereka berasal dari Malaysia atau dari luar negara. Tips dia mudah sahaja, kalau anda target pelanggan atau pelawat dari Malaysia, maka belilah pakej hosting dari syarikat tempatan.
Kalau anda sasarkan pelawat dari luar negara, seperti dari USA, Canada dan sebagainya, maka dapatkanlah servis hosting dari luar negara.
.
..
Saya sendiri adalah pelanggan syarikat hosting NetKL. Alhamdulilah, sejak tahun 2009 saya jadi pelanggan mereka dan sampai ke saat artikel ini saya catatkan, belum pernah lagi ada sebarang masalah. Steady je servis dan support dari mereka.
.
..
Satu yang tak berapa best tentang guna servis berbayar ni ialah... hmmm... apa ya...
SEBAB KENA BAYAR LA...
Ha ha
Ok ini screenshot notis yang mengatakan saya perlu renew pelan langganan saya. Kalau tak renew nanti web akan suspended..
Berapa nak kena bayar ni?
Ada lah.
Mencecah tiga angka jugak. Langganan untuk setahun.
In Shaa Allah tak ada masalah untuk bayar. Lagipun, saya yakin, laman web yang saya kena renew ni dah berikan saya pulangan yang berkali ganda lagi banyak berbanding jumlah yang saya kena bayar kepada syarikat hosting tu.
Ok
Boleh saya tahu, adakah anda dah ada laman web anda sendiri?
Cuba share sikit kat bahagian komen

Langgan:
Catatan (Atom)