Bukan semua orang ada bakat untuk menulis artikel.
Bagi mereka yang lahir-lahir memang dah ada bakat untuk menulis tu pula, kadang-kadang mereka ni ada masalah lain seperti tak ada masa nak menghasilkan artikel dan jadi penulis.
Letakkan diri anda sebagai seorang usahawan yang menjalankan bisnes secara online.
Aktiviti harian anda, penuh dengan komitmen kerja seperti mendapatkan pelanggan baru, menerima tempahan, melayan pertanyaan pelanggan, memberi khidmat selepas jualan, menambahkan stok produk, menguruskan hal-ehwal berkaitan dengan kewangan dan macam-macam lagi.

Saya kenal, ada banyak usahawan yang memang tak ada masa untuk menulis artikel dan menghasilkan konten-konten yang relevan dan menarik untuk bisnes miliknya.
Bukannya mereka ini tak tahu, dengan menggunakan strategi content marketing, ia boleh dijadikan strategi pemasaran jangka masa panjang untuk bisnes yang sedang dijalankan.
Ya, mungkin pada hari ini, anda tak nampak lagi sebarang impak dan hasil yang boleh diperolehi apabila mempunyai banyak konten, sama ada dalam bentuk artikel, audio, video mahupun gambar yang relevan dengan bisnes yang anda sedang jalankan.
Tapi pada masa hadapan, apabila konten ini semua mula mendapat perhatian dari pengguna internet, ketika itu anda akan dapat pelanggan secara automatik, walaupun pada waktu itu anda sedang sibuk buat kerja lain.
Tak perlu rasa pelik kalau anda ada menerima prospek yang bertanya soalan seperti ini...
"Saya ada baca satu blog yang cerita tentang perkhidmatan yang tuan tawarkan ni. Saya ada masalah yang lebih kurang sama, boleh ke kalau saya nak dapatkan kepakaran tuan dalam hal tersebut?"
Perkara ini memang biasa berlaku kepada saya. Saya percaya, situasi yang lebih kurang sama juga turut pernah dialami oleh mereka-mereka yang turut menggunakan strategi pemasaran artikel atau content marketing dalam urusan bisnes miliknya.
Pernah juga berlaku pada saya, ada pengguna internet yang bertanya tentang produk yang saya pernah jual satu masa dulu, tapi sekarang dah tak jual.
Mereka ini ada baca artikel yang saya tulis di salah satu blog yang saya pernah tulis.
Memang agak sayang. Ada orang nak beli, tapi barang tu pulak dah tak ada lagi stoknya.
Perkara yang sama atau lebih kurang sama, boleh terjadi kepada anda dan perniagaan yang anda jalankan.
Jika anda ada banyak konten, spesifically konten dalam bentuk artikel, anda ada peluang untuk rasai pengalaman yang sama.
Berita baiknya ialah, di luar sana ada banyak penulis blog yang dengan rela hati bersedia untuk bekerja untuk anda.
Dengan kadar upah, dalam lingkungan antara RM20 - RM100 untuk satu artikel, ada banyak juga penulis sama ada yang memang menawarkan khidmat penulisan secara part time mahupun full time yang boleh berikan anda khidmat dan hasil kerja yang terbaik.
Saya juga menawarkan khidmat untuk menghasilkan artikel pemasaran untuk pemilik bisnes di Malaysia ini.
Setakat ini, saya hanya tawarkan khidmat penulisan artikel dalam bahasa Melayu sahaja.
Para pelanggan saya juga adalah merupakan usahawan, yang mempunyai perniagaan pelbagai saiz. Ada yang merupakan usahawan yang menjalankan bisnes kek dari rumah, hinggalah kepada usahawan yang menawarkan perkhidmatan perkaunan untuk syarikat-syarikat dan orang perseorangan.
Ini merupakan beberapa contoh hasil kerja saya.
Contoh 1 - Usahawan yang menjalankan bisnes kek dan bakeri dari rumah
Artikel - 10 Cabaran anda perlu hadapi apabila membuka bisnes kedai kek anda sendiri

Contoh 2 - Usahawan yang menawarkan Perkhidmatan Perakaunan di Malaysia
Artikel - 18 Cara bagaimana akauntan boleh membantu pemilik perniagaan mengembangkan perniagaan miliknya
Artikel-artikel ini, indirectly akan mempromosikan bisnes milik pelanggan saya.
Sekali imbas, tidaklah begitu ketara yang artikel-artikel ini sebenarnya adalah artikel iklan. Kerana dalam strategi konten marketing ini, fokusnya adalah untuk menghasilkan artikel yang mempunyai konten yang membantu pembaca menyelesaikan sebarang masalah atau isu yang dihadapi.
Jika dari pembacaan artikel tidak berjaya menyelesaikan masalah pembaca, at least pembaca dapat info macam mana cara untuk hadapi masalah yang sedang dialami.
Ini merupakan kerja part time yang saya sendiri lakukan. Sebenarnya ada banyak lagi kerja part time yang mungkin anda juga boleh cuba.
Sebagai permulaan, cuba lihat peluang kerja part time yang diiklankan di laman web ini.
Manalah tahu ada antara dalam senarai kerja part time dekat situ yang sesuai dengan anda. Cubalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan