Isnin, 10 Disember 2018

Cabaran mencari pembekal untuk bisnes di Shopee


Apakah dia cabaran yang perlu dihadapi oleh para usahawan baru yang ingin menceburkan diri dalam bisnes di shopee?



Saya rasa kalau nak diikutkan memang banyak cabaran yang bakal kita hadapi. Itu merupakan satu perkara lumrah dalam dunia perniagaan.  


Kali ini saya akan cerita tentang cabaran yang mungkin paling besar dan yang paling utama yang bakal kita hadapi.


Apa yang saya maksudkan adalah cabaran untuk memilih seseorang yang boleh kita percayai untuk kita jadikan sebagai pembekal bagi perniagaan kita.




Di sini timbul persoalan bagaimana cara untuk kita kenal pasti siapa yang boleh kita pilih untuk jadikan sebagai kita punya supplier.


Di Internet memang terdapat ramai individu yang mengaku mampu untuk memberi kita stok product.


Namun yang menjadi misteri ialah adakah mereka ini benar-benar individu yang mempunyai stok produk yang banyak atau sebenarnya mereka ini juga adalah orang tengah yang bertindak sebagai dropshipper.


Sebaik-baiknya kalau kita nak pilih pembekal, kita pilih individu yang merupakan pengimport barang dari sumber yang pertama. Jika kita tahu barang tersebut berasal dari negara China kita pilihlah usahawan yang memang import barang terus dari negara China.


Logiknya ialah individu yang import barang dari China biasanya akan mengimport dalam kuantiti yang besar.


Dengan mengimport dalam kuantiti yang besar mereka akan dapat harga yang Berkali ganda lagi murah berbanding jika mereka hanya import dalam kuantiti tertentu.


Apabila mereka ada stok produk yang banyak sudah tentu mereka perlu cepat habiskan stok mereka kerana selagi mana produk masih ada dalam tangan ini akan mendedahkan diri mereka kepada risiko.

Baca juga: Panduan bisnes di Shopee



Sesuatu produk itu ada jangka hayat yang tersendiri jika produk disimpan terlalu lama ia mungkin akan expired atau sudah tidak diterima oleh para pengguna.


Mungkin ada yang perasan, pada satu ketika dulu ketika produk baru diperkenalkan di pasaran harganya sangat mahal tetapi lama-kelamaan produk yang sama dijual dengan harga yang begitu rendah.


Salah satu produk yang saya masih ingat ialah fidget spinner.


Dulu harga untuk spinner boleh mencecah sehingga RM50 tapi sekarang harganya boleh dapat di bawah harga 10 ringgit saja. Dekat laman web ini ada banyak jual fidget murah-murah.


Saya juga kurang pasti sama ada produk ini masih lagi di cari-cari oleh anak-anak muda sekarang.


Kalau kita ingin jual benda yang trending dan yang sedang viral, kita terpaksa bertindak cepat supaya tidak ketinggalan.


Kalau kita lambat masuk dalam pasaran ini akan menyebabkan produk yang kita jual mungkin agak lambat untuk dapat pembeli.


Pada ketika itu mungkin semua orang sudah pun mempunyai produk tersebut atau mereka ada kawan yang pernah beli produk tersebut.  


Jika pengalaman yang dilalui oleh kenalan mereka itu baik mungkin mereka akan beli produk yang sama namun jika sebaliknya produk tersebut akan ditolak begitu sahaja.


Atas sebab ini mungkin anda patut pertimbangkan untuk membuat jualan menggunakan kaedah dropship sahaja berbanding terus keluarkan duit untuk simpan stok. 


Saya sebenarnya telah menulis satu artikel yang membincangkan tentang cara-cara untuk mengenalpasti siapa individu yang boleh kita jadikan sebagai pembekal kita apabila ingin meniaga di laman web Shopee.


Semua sekali terdapat lima cara yang anda boleh gunakan dan kat sini saya akan kongsikan satu sahaja daripada lima kaedah tersebut.
 


Tahukah anda menerusi laman web Shopee, anda juga sebenarnya boleh mengenalpasti individu yang menawarkan program dropship.


Caranya mudah sahaja anda hanya perlu ke laman web rasmi syarikat dan seterusnya buat carian bagi kata kunci dropship. 


Berikut adalah paparan yang keluar pada skrin saya apabila saya berbuat demikian.
 

Dari sini anda boleh pilih mana-mana seller yang anda berkenaan untuk sertai program dropship mereka. 


Setiap seller meletakkan syarat yang berbeza kepada mereka yang minat nak sertai program dropship yang mereka anjurkan. 


Jadi anda perlulah baca satu per satu ya. 


Baiklah, jika anda ingin mengetahui 4 lagi cara untuk dapatkan pembekal bagi bisnes shopee anda, jemput baca artikel yang telah saya tulis sebelum ini. 


Sila ke halaman ini untuk baca: Cara dapatkan pembekal untuk berniaga di laman web Shopee





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...