Isnin, 5 Jun 2017
Alat senaman basikal Magnetic dari Gintell - Teringin pula nak dapatkan satu
Sekarang ni, kalau saya jalan-jalan di shopping mall, saya ada satu habit untuk singgah ke kedai-kedai yang menjual peralatan kesihatan.
Salah satu yang saya suka singgah ialah kedai Gintell.
Kedai Gintell ni, kalau kita perhatikan, memang agak jarang orang masuk. Kedai selalunya senyap sunyi je.
Apa yang ketara, hanyalah ada staff yang mencuba peralatan yang dijual kedainya.
Memang agak jarang-jarang dapat lihat ada pelanggan yang masuk ke kedai.
Walaupun begitu, saya pernah dengar satu cerita dari seorang kawan, katanya "jangan pandang rendah pada kedai yang nampak seperti tak ramai orang masuk. Walaupun selalu nampak kosong, tetapi sales mereka sungguh meletup-letup."
Saya pun pelik juga.
Kalau macam tu, dari mana mereka dapatkan jualan?
Sebenarnya mereka menggunakan pelbagai channel untuk menghasilkan jualan. Ada jualan menggunakan katalog, jualan secara online, dan pada hari ini, anda juga boleh dapatkan barangan Gintell menerusi laman web ini.
Sekarang ni sebenarnya saya berkenan dengan salah satu produk dari Gintell.
Inilah dia yang saya maksudkan.
Basikal Magnetic.
Boleh dapatkan dari pautan ini.
Boleh gunakan untuk buat senaman. Penggunaan secara kerap boleh membantu untuk meningkatkan tahap kesihatan, meningkatkan stamina dan membakar kalori.
Saya suka singgah ke kedai Gintell ni sebab saya boleh dapatkan maklumat dan tips senaman dari jurujual tu.
Contohnya macam mesin senaman basikal tu.
Kalau ikut kata jurujual tu, ada step-step untuk buat senaman.
Mula letak gear yang rendah dan kayuh secara santai sahaja. Contohnya gear 1 dan kayuh secara santai selama 5 minit sahaja.
Permulaan ini adalah untuk warming up sahaja.
Selepas tu tukar kepada gear yang lebih tinggi. Contohnya guna gear 2, atau apa-apa gear yang kita selesa.
Kayuh secara santai selama 20 - 30 minit.
Nak kayuh secara laju pun boleh. Cuma ia bergantung kepada keperluan masing-masing. Kalau kita nak bina fitness, maka bolehlah paksa diri untuk kayuh dengan laju.
Sebaliknya, kalau untuk general health, boleh kayuh secara santai sahaja.
Bila dah habis 30 minit, sebelum turun dari basikal, set dulu gear kepada yang paling rendah. Buat kayuhan selama lebih kurang 5 minit.
Tujuannya adalah untuk cooling down.
Dengan ini kita tak akan terasa pening sebab tiba-tiba berhenti.
Itulah antara yang dikongsikan kepada saya oleh jurujual.
Rasa berminat nak beli satu mesin senaman ni. In Shaa Allah.
Kumpul duit sehari RM1, cukup 1,000 hari dapatlah beli satu kan. huhu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan