Ini memang antara produk paaaaaaaaling susah nak dapat sales kat Ashadee.
Memang degil sikit produk ni. Cuba macam-macam, tapi masih tetap tak jalan.
1. Dah promosi kat FB.
2. Promosi dalam ebook pun sudah.
3. Promosi dalam FB Group pun dah buat.
4. Dah pernah promosikan kat Fan Page.
5. Promosi kat blog pun dah selalu.
6. Promosi kat mailing list pun dah biasa buat.
Lagi kat mana ya... erm... erm... ok dah ingat. Lepas dah promot kat semua tempat yang dinyatakan tu, saya ulang semula item dari nombor 1 hinggalah ke nombor 6.
Produk memang HOT dalam kalangan blogger. Penulis kitab ni pun bukan blogger calang-calang. Memang orang ada nama. Memang seorang yang pakar dan ahli dalam bidangnya.
(secara tak langsung buat saya terfikir, mungkin sebab selama ini saya perlu bertarung one by one dengan owner produk ni)
Pada satu hari, dalam keadaan yang tak disangka-sangkakan... muncul pulak email notifikasi dari pihak Ashadee.
Ok Kitab SEO Merah Jambu ni memang boleh jual. Kenapa saya gagal jual kitab ni sebelum-sebelum ni sebab saya masih kurang buat promosi. Itu sahaja.
Maksudnya ada orang lain yang lagi agresif bila buat promosi.
Kalau tahap promosi biasa-biasa, memang mustahil nak dapat income yang luar biasa.
Ok, nak draf lagi 99 artikel promosi untuk produk ni :p
Ps: Walaupun saya promosikan produk Teknik SEO Merah Jambu, namun saya lebih banyak guna teknik yang saya ceritakan dalam ebook Jurnal Pemasaran Affiliate.
haha..
BalasPadamnasihat aku.
jangan putus asa.
Yeah,, dorang semua memang agresif promosi sampai sekarang. Tahniah !! berjaya juga akhirnya. :-)
BalasPadam