Selasa, 29 Disember 2009

Drop By


Untuk kali ni aku tak mau nak stay lame2 dalam blog ni. Aku rase cukup la sekadar tulis beberapa ayat dalam ni.

Baru2 ni aku rase agak non stop jugak la aku add ramai kawan baru dekat friendster, walaupun sebenarnye aku sendiri pun tak berapa nak pasti adekah orang2 yang aku add semua tu masih wujud dekat friendster.

Ai.. Biarlah, aku tak mau fikir sangat. Biarlah diorang ade lagi ataupun dah lenyap, hilang, ghaib atau dah tak wujud. Aku tak nak amik kisah itu semua.

Dalam aku add ramai2 tu, aku terjumpe pulak satu profile. Aku seronok bace ape yang die tulis dalam shout out box die. Aku bace banyak2 kali, just to make sure yang aku tak salah faham dengan ape yang die tulis dalam tu.

Straight to the point, ayat di lebih kurang macam ni

"Hidup kita dimulai dengan azan dan diakhiri dengan solat. Betapa singkatnya hidup ini sekiranya ia sekadar 2 sela waktu itu"

Uik macam lain la plak, erm aku rase aku dah tulis lain dari ape yang aku pernah bace sebelum ni, ai.. Tapi maksud die masih sama lagi dengan ape yang aku tulis.

Oh jadi pengajaran nye,

Jangan main-main dalam hidup ni dan kalau nak buat sumting buatlah betul2


Khamis, 17 Disember 2009

Sibuk Dengan Blog Ni


Aku sendiri rasa macam tak paham dengan diri aku ni, ape yang aku perasan sejak akhir2 ni aku lebih cenderung untuk menulis dalam blog ni.

Aduyai..padahal ni blog free je kot. Blog aku yang berbayar dekat mohdsabree.com tak rajin la pulak aku nak update.

Tapi lepas aku kaji balik ape sebabnye, akhirnye aku mendapati satu perkara, iaitu wujudnya satu halangan untuk selalu meng-update blog dekat mohdsabree.com

Halangan tersebut adalah disebabkan oleh penggunaan bahasa dan penyampaian isi dalam blog mohdsabree.com. Tak macam dalam blog ni, aku rase bebas untuk menulis ape sahaja dan aku jugak bebas untuk menjadi diri aku sendiri.

Jadi, pengajaran daripada posting kali ni ialah,

Sekirenya anda rase seperti ade sesuatu yang menggangu anda untuk meneruskan sesuatu perkara, cube periksa semula segala2nya bermula dengan diri sendiri. Mungkin ada sesuatu yang menghalang anda untuk menjadi kreatif, sebab tu banyak kerja anda hanya bertahan sekerat jalan.

Insurance Free Untuk Semua

www.free-life-insurance-forever.info

Ni merupakan salah satu projek aku yang terbaru, aku baru je launch beberapa bulan yang lepas.

Agak memakan sedikit kos la jugak untuk setup projek ni, seingat aku dalam RM4 jugak la modal yang aku kena kuarkan. Hhe tak banyak pun

Ok, straight to the point, aku cover segala2 berkenaan insurance dalam website tu.

Aku memohon sangat2 kepada sesape yang terbaca post aku ni untuk ke website yang aku tulis tu. Aku tak buat link tu clickable, so aku berharap korang dapat masuk ke website tu dengan copy url tu dekat browser dan dapatkan something yang bermakne untuk diri korang semua dekat website tu nanti.

Jumpe dekat website tu nanti ye

Rabu, 16 Disember 2009

1 Minit Untuk Mengembara


"Hidup ini merupakan satu pengembaraan dan hanya kematian sahaja yang akan menamatkan pengembaraan itu"

Uiceh macam nak bermadah pulak la kan, tapi walau macam mane pun ni adelah suatu kenyataan.

Setiap orang pasti ade sesuatu yang nak dicariknye dalam hidup ni, yang nak dicapai, yang nak dimiliki. Tapi aku?

Mesti lah ade jugak. Cume kadang2 tu aku jadi bingung jugak, sebab aku masih lagi kurang jelas dengan ape yang aku nak dalam hidup ni.

Ape yang aku nak sentiase berubah, tak pernah stick pada satu benda. Ai..

Isnin, 14 Disember 2009

Kenapa Blog Tak Ada Banyak Trafik?


"Traffic Is Your Life Blood"

Macam tu la yang pernah diajar kepada aku selama ni. Kalau tanye dengan mane2 blogger sekalipun, mesti kebanyakan akan setuju pasal benda ni.

Macam blogger2 lain, aku jugak memerlukan traffic yang tinggi untuk sampai ke blog aku ni. Sebab sebahagian daripada apa yang terkandung dalam blog aku ni adalah sesuatu yang boleh menghasilkan duit.

Tapi semua tu akan jadi tak ada makna dan sia2 je kalau traffic yang nak singgah dalam blog aku ni setakat 2-3 orang je sehari.

Aku tak tau macam mane blogger2 lain buat sebab bagi aku masing2 pasti ade cara tersendiri untuk menaikkan traffic dalam blog masing2. Kalau nak guna teknik search engine optimization aku agak kurang mahir dan tak dapat la kongsi banyak dekat sini.

Salah satu cara yang aku rase praktikal dan tak susah sangat nak dipraktikkan ialah menggunakan konsep 80% maklumat dan 20% peribadi.

Maksud aku adalah macam ni, bila kita nak buat sesuatu posting dalam blog, pastikan kite tak cuma tertumpu untuk post perkara2 peribadi dalam blog, macam apa makanan kegemaran, bila kita clash dan lain2 yang bersangkutan.

Sebabnya mudah je, biasanya orang menggunakan Internet sebab nak carik maklumat. Jadi, gunakan blog kite sebagai satu medium penyampaian maklumat.

Biasakan diri membuat posting berkenaan isu-isu yang mungkin orang berminat nak tahu dan yang sedang hangat. Alah..yang memberi informasi la senang cerita.

Jadi apa gune nak posting pasal hal2 peribadi? Dah tentu orang tak berapa minat nak tahu pasal hal kite, melainkan kite ni artis la.

Bagi saya posting berkenaan hal2 peribadi tu tetap perlu, sebab bile kita tak ade idea nak tulis pasal ape, kita bolehlah tulis hal2 yang berkaitan peribadi.

Reasonnye, search engine seperti google lebih sukakan laman web yang sentiasa diupdate dan tidak statik. Jadi untuk memastikan laman web blog kite ni sentiasa ada benda baru dan diupdate, bolehlah selitkan sikit2 cerita peribadi. Itu lebih baik berbanding langsung tak ada update.

Apa2 pun kita kena berbalik jugak kepada apa tujuan kita menulis blog. Kalau blog tu memang dah hanya bertujuan untuk peribadi, tak ada taffic yang banyak pun bagi aku tak ade hal lah.

Tapi kalau dalam hati ade tergerak nak buat sedikit duit poket dari blog, mungkin anda boleh consider untuk ikut sedikit sebanyak saranan saya.

Oh saya pun pernah tengok blog yang ada unsur-unsur dakwah, bertujuan untuk mentarbiahkan pengguna2 internet. Pun same jugak, kalau tak ramai yang berjaya singgah pun agak sayang la ape yang diusahakan oleh si penulis tu nanti.

Boleh terima kan?

Ahad, 13 Disember 2009

Buat Duit Dengan Aplikasi Facebook

Ni merupakan satu berita baik bagi mereka yang tau nak merebut peluang. Sebelum aku tulis panjang2 aku nak bagitau dulu yang promosi ni akan berakhir pada 31 Disember 2009. So, kalau ade sape2 yang bace ape yang aku tulis selepas dari tarikh tu, kemungkinan besar promosi dah tamat.

Program ni dinamekan sebagai PayPal Wishlist. Ini merupakan sebuah program aplikasi facebook yang dibuat oleh PayPal khusus untuk warga negara dari India, Thailand, Malaysia, Korea, Vietnam, Philippines, Indonesia dan Singapore.

Pada pandangan aku, kite yang berada di Malaysia sebenarnye beruntung sebab tersenarai sebagai salah sebuah negara yang terpilih.

Aku akan skip terus kepada cara nak mulakan PayPal Wishlist ni,

  1. Mula2 sekali kite kena ade akaun facebook kite sendiri, sebab PayPal Wishlist ni merupakan salah satu application dalam facebook.
  2. Klik sini untuk join PayPal WishList
  3. Submit email untuk akaun paypal. Kalau masih lagi belum ada akaun paypal, boleh daftar dulu dekat paypal.com
  4. Lepas join PayPal Wishlist, automatically akan dapat 1 usd lebih kurang bersamaan RM3.60
  5. Create PayPal Wishlist lepas tu publish dekat wall masing2
  6. Anda akan dapat tambahan lagi 1 usd selepas anda refer program ni dekat kawan2 yang lain.
  7. Dapat duit dan belanjakan untuk beli apa2 yang anda hajati dekat wishlist tu
Senangkan? Aku sendiri pun tak faham kenape boleh ade yang tak nak duit senang macam ni. Bagi sesape yang die hard fan facebook memang patut promote benda ni.

Bukan nak pakse orang lain join, PayPal Wishlist ni cume perlukan kite promote. Kalau kawan2 lain nak join, tu hak die. Tak nak pun tu hak die.

So, tak salah mencuba.

Bagi aku mencuba itu tak salah dan itu lebih baik daripada tak mencube langsung.

Rase macam nak cube?

Klik sini

Bile Seorang Blogger Tak Nak Peduli Ape Yang Ditulis...


Selain aku selalu buang mase dekat facebook, friendster, myspace dan mane2 lagi social network yang wujud dalam internet ni, aku selalu jugak lepak2 dekat blog2 orang lain.

Oh macam2 yang menarik aku boleh jumpe dalam blog2 orang lain. Terase betape kerdilnye blog aku ni.

Bab content dalam blog tu, aku tak rase macam nak sentuh buat mase ni. Itu hak masing2 nak tulis pasal ape.

Tapi aku percaye, ade satu bende dalam blog kite adelah hak orang lain sebenarnye. Aku tak harap ade sesiape yang cube nak meneka sebab aku sendiri akan bagi jawapan. Ia adalah EJAAN! Ejaan yang tepat dan betul adelah hak pembaca yang akan bace blog kite (kalau ade lah ye)

Aku selalu ingatkan diri aku sendiri, pembaca tak bodoh! Pembace mampu untuk membezakan sama ade kite sebenarnye cube untuk
  1. Menggunakan short form dalam ejaan kite
  2. Guna bahasa pasar
  3. Gune bahase daerah
Tapi kalau dalam post yang kite tulis tu memang dah terang2 salah eja, tak payah la nak kate sebenarnye memang nak guna short form atau ape2 je yang possible untuk dijadikan alasan.

Kalau ikut pemerhatian aku, ade beberape kesan bile kite terlalu banyak salah eja dalam posting yang kite buat
  1. Pembaca akan fikir penulis adelah seorang yang tak terurus sampai banyak sangat yang salah eja.
  2. Pembaca akan syak yang posting kite tak original dan mungkin cume copy and paste je dari orang lain punye
  3. Pembaca akan rase yang penulis ni agak stupid sebab benda2 yang simple pun boleh salah eja
  4. Boleh membantutkan rase nak terus membaca sebab terganggu dengan perkataan yang salah dieja.
  5. Boleh menyebabkan pembaca salah tafsir dengan ape yang cube nak disampaikan oleh penulis
  6. Boleh mengubah mood sesuatu entry
Oh agak bahaye disitu sebenarnye, jadi kalau boleh pastikan elakkan untuk tersalah eja dalam menulis entry dalam blog. Buat malu je kalau perkataan senang pun boleh tersalah eja.

Jadi, last word dari aku,

Pastikan anda selalu semak ape yang anda tulis dan tolong ambil peduli tentang ape yang ditulis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...