Selasa, 15 April 2014

Topik buat duit atau teknik blogging dah lapuk?

Topik perniagaan dan pemasaran internet nampaknya dah kurang HOT sekarang ni. 

Tak macam sekitar awal tahun 2008 dulu. 

Mungkin sebab pada waktu tu, pengetahuan tentang topik ini masih lagi amat terhad agaknya. 

Macam sekarang ni, ia dah jadi seolah-olah common issue. 

So hampir semua orang ada knowledge tentang topik ni. 

lagi kalau topik buat duit atau teknik blogging. Pun lebih kurang jugak. Bersepah-sepah orang nak tulis tentang topik blogging. Dari yang memang pakar tentang blogging, hinggalah orang yang baru nak jadi pakar pasal blogging. 

Pun duk sibuk jugak nak tulis pasal topik blogging

Kalau kat Malaysia ni memang payah sikit nak jumpa orang yang memang betul-betul buat duit dengan blogging semata-mata. Tak macam kat oversea sana tu ha. 

Mungkin juga atas faktor bahasa la agaknya. 

Macam kita yang duk kat Malaysia ni, lagi gemar guna bahasa Melayu bila menulis, kalau ada guna bahasa inggeris pun sekadar untuk bagi sedap kan bahasa je. 

So kalau nak buat duit sebagai penulis blog, sebaik-baiknya elakkan la daripada menulis topik tentang buat duit online ataupun topik buat duit dengan blogging. 

Market dia terlalu competitive dan kebanyakkan orang memang ramai dah yang tahu tentang dua topik ni. 

Tapi kalau nak tulis for the sake of updating the blog, ha.... silakan lah. 

Daripada langsung tak ada tulis pape kan, better tulis something than never kan. 

Nak jana pendapatan online tanpa modal untuk tahun 2014?

Adakah anda tahu yang sebenarnya anda mampu untuk jana pendapatan yang lumayan secara online tanpa perlu mengeluarkan modal dalam bentuk wang ringgit walau sesen pun? 

Kalau anda masih tak tahu macam mana caranya, saya jemput anda baca artikel yang pernah saya catatkan sebelum ini yang bertajuk bagaimana cara jana pendapatan tanpa modal pada tahun 2014 [klik sini]

Tetapi, kalau anda memang dah sedia maklum dan memang dah tahu macam mana caranya, anda masih lagi dialu-alukan untuk baca artikel ini. 

Anggap macam refresh je la ya. 

Kalau anda nak buat duit yang lumayan, tapi pada masa yang sama, anda tak nak keluar sebarang modal... hmm bukannya mustahil, namun satu yang anda perlu tahu. 

Untuk capai target tersebut, anda perlu berikan komitmen yang tinggi dan usaha pun kena kuat. 

Semua perkara anda kena buat sendiri daripada yang seremeh-remeh perkara hinggalah ke perkara yang paling penting. 

Anda tak boleh outsource dan jangan sesekali anda berani-berani fikir nak upah orang. 

Sebabnya... kalau anda upah orang, anda dah kira perlu keluar kos. Kena keluar modal lagi. 

Apa tak sanggup? 

Memang itulah lazimnya. Saya sendiri pun tak sanggup nak buat duit online yang dalam kategori tanpa perlu keluar modal walau sesen pun. 

Ish 

Dah macam mustahil pulak dah. 

At least kena keluar duit jugak walaupun tak banyak. Ala.. dalam lingkungan bawah RM100 dalam setahun. Itu masih lagi dalam kategori mampu milik. Affordable kan. 

Lagipun, apa lah sangat dengan amount banyak tu kan. 

 

 
 

 

Isnin, 14 April 2014

Nak berniaga apa tahun 2014 ni?

Untuk tahun 2014 ini saya masih lagi meneruskan tradisi pada tahun-tahun sebelum ini. Bermula penghujung tahun 2012, saya mula buat duit 100% menerusi jalan perniagaan. 

Senang cerita, saya buat duit dengan cara berniaga. 

Mungkin budaya berniaga ni bukan menjadi pilihan masyarakat Melayu yang mendiami sekeliling saya. Mereka kerap beri respons yang agak menjengkelkan bila saya kata saya berniaga

Mereka pelik bila lihat saya macam ada terlalu banyak masa terluang. 

Most of the time saya akan mengadap laptop. 

Sambil-sambil itu, tangan saya akan ligat bermain-main dengan keyboard dan menghasilkan ayat-ayat tertentu, sama ada 

--> Ayat-ayat iklan 

--> Artikel-artikel promosi 

--> Email pemberitahuan 

... dan banyak lagi. 

Walaupun sebenarnya saya buat banyak kerja dalam satu masa, (marketing, customer support dan order process) namun mungkin sebab orang tak berapa tahu apa yang saya sedang buat, jadi mereka sangka saya tak buat apa-apa. 

Entah skala apa yang mereka guna untuk buat penilaian. 

Saya kerap juga dapat soalan macam ni,  

"Saya minat meniaga, tapi saya tak tahu nak meniaga apa. Nak meniaga apa yang sesuai untuk tahun 2014 ni?" 

Biasanya kawan-kawanlah yang suka tanya soalan-soalan susah macam ni. 

Kalau orang luar, pun ada jugak yang tanya soalan-soalan macam ni, cuma jarang-jarang. 

Pendapat yang boleh saya bagi...

Sebenarnya tahun 2014 ini ada terlalu banyak benda yang kita boleh niagakan. Lagi-lagi sekarang ni dah ada bantuan daripada sumber internet. 

Dengan FB, Adwords dan macam-macam lagi, In Shaa Allah, kalau anda jual sampah pun pasti akan ada yang berminat nak beli. 

Pucuk pangkalnya ialah, kena usahakan. 

Promosi kena buat. In Shaa Allah, sales yang anda cari-cari tu pasti akan dapat. 

Berbalik kepada persoalan nak berniaga apa tahun 2014 ni... Kalau boleh, pilihlah cabang perniagaan yang kita minat. Bukan sekadar yang boleh buat duit. 

Berniaga ni kita terpaksa terima hakikat. Kadang-kadang income dia besar, kadang-kadang langsung tak ada. Kadang-kadang cuma cukup-cukup makan. 

Jadi, bila anda diuji dengan tak ada income, satu-satunya perkara yang akan masih lagi buat anda mampu untuk bertahan ialah minat anda terhadap bisnes yang anda sedang jalankan. 

Kalau minat pun dah tak ada... saya khuatir, anda tak akan mampu bertahan lama terutama sekali bila bisnes not going well. 

Kemudian, anda juga kena faham... kenapa anda buat bisnes tu? Kena jelas dengan tujuan, barulah anda tak tercari-cari arah tujuan. 

Kalau nak buat bisnes sebab nak buat duit untuk bayar hutang? Ha... nyatakan. Ada je orang yang buat duit dan bekerja semata-mata untuk bayar hutang

Bezanya ialah orang tu cari duit dengan cara bekerja dengan orang, kita pulak buat duit dengan cara berniaga. 

Walaupun kaedah dia sedikit berbeza, namun niat kita sama. 

Subscriber tiba-tiba hilang dari Autoresponder

Kadang-kadang memang akan berlaku, subscriber yang kita dah kumpul dengan susah payah dalam sistem autoresponder kita, tiba-tiba berkurang. 

Hari ni kita tengok, total subscriber dalam mailing list kita ada 1,000 ++ orang. 

Esok-esok bila kita tengok balik, 

La... berkurang pulak dah. Dah kembali jadi tak sampai 1,000 orang. 

Anda pernah ke alami?  Masalah subscriber tiba-tiba hilang dari sistem autoresponder!

Saya? Pernah jugak terjadi. Lebih-lebih lagi masa awal-awal dulu baru nak belajar-belajar macam mana nak guna sistem autoresponder time nak buat promosi. 

Actually benda ni kita tak boleh nak main hentam je. 

Ada sebab kenapa subscriber kita hilang dari sistem autoresponder kita. 

Dan adakalanya ia jadi macam ni pun sebab silap kita sendiri. Bukan 100% salah pihak penyedia sistem autoresponder. 

Satu kena ingatlah ye

Si penerima email kita tu pun manusia jugak macam kita. Kalau kita sendiri tak berapa gemar nak baca emel-emel promosi setiap hari, ha... macam tu lah jugak subscriber kita. 

Mereka pun akan naik fed up bila asyik baca email promosi dari kita. 

Maka tak hairanlah kalau ada antara mereka yang protes lalu keluar daripada mailing list kita. 


Hairan

Hairan betul. 

Dengan tak semena-mena hilang terus mood nak menulis. Rasa serba tak kena. 

... dan ya, memang amatlah tak sesuai untuk menulis waima untuk hasilkan sebarang artikel promosi pada waktu-waktu macam ni. 

Kalau saya yang tulis ni pun rasa artikel yang bakal ditulis tu macam sangat teruk, ini kan pulak mereka yang mungkin akan baca.

Malahan saya pun tak rasa hairan kalau tak ada siapa yang akan baca apa yang bakal saya tuliskan. 

Sejak dua menjak ni, nampaknya saya agak slow dalam kerja-kerja buat duit online. 

Fikiran asyik terganggu je. Fokus pun kadang-kadang melayang entah ke mana. 

Memang tak sihat. 


Khamis, 13 Mac 2014

Jadi Agen Produk Madu Sunnah

Adakah anda berminat nak jadi agen pemasaran produk madu sunnah?

Sebenarnya tak susah nak jadi agen pemasaran bagi produk ini. 

Saya sendiri dah jadi agen. 

Untung? Alhamdulilah. 

Buat masa ini saya masih belum pernah lagi gunakan kaedah pengiklanan berbayar menerusi FBAds mahupun guna google adwords. 

Masih lagi bergantung pada kuasa pemasaran artikel dan juga SEO marketing. 

Memandangkan sebelum ini saya dah pernah tulis dengan panjang lebar mengenai cara menjadi agen pemasaran produk madu sunnah, maka saya tak akan tulis semula di sini. 

Saya dah tulis dalam blog saya yang lagi satu. 

Kat sana saya dah tulis siap dengan screenshot sekali. Anda pasti lebih mudah nak faham. 

Baca --> Jom jadi agen pemasaran madu sunnah

Anda nak tengok gambar produk madu sunnah ke? 

Ini gambarnya. 



Sekiranya anda nak lihat laman jualan untuk produk madu sunnah ini, anda boleh layari laman web berikut --> Halaman utama madu sunnah

Rabu, 12 Mac 2014

Produk Madu Sunnah Keluaran Natural Herbs

Kalau tak silap saya, saya mula jual produk madu sunnah keluaran syarikat Natural Herbs Sdn Bhd bermula awal bulan Feb 2014 yang lepas. 

Personally saya memang dah lama tertarik untuk jadi jurujual bagi produk-produk macam ni. Maksud saya ialah produk makanan yang menjadi sebahagian daripada amalan Nabi Muhammad SAW. 

Kebetulan, bulan Feb hari tu saya dapat tawaran untuk jual produk ni. 

Jadi tak payah la nak fikir panjang-panjang. 

Grab je peluang ni. 

Biarlah orang lain sibuk jual produk mat salleh yang lebih power dan yang lebih popular. Saya selesa jual produk ni. 

Sambil menjual, saya dapat didik para pembeli saya untuk ingati Rasulullah dan mereka dapat amalkan diet yang turut pernah diamalkan oleh Rasulullah. 

Ini gambar produk madu sunnah yang saya tangkap sendiri guna kamera sendiri. 


Untuk tempahan, sila ke laman web berikut ya --> Halaman Utama Madu Sunnah



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...