Nama Ikea bukanlah satu jenama yang asing di negara kita.
Sebut sahaja nama Ikea, pasti terbayang menu meatball, pelbagai kelengkapan pejabat, perabot, set meja makan, set bilik tidur dan macam-macam lagi.
Sekarang ini dekat negara kita dah mula ada banyak cawangan Ikea yang dibuka. Boleh jadi sekarang ini dekat rumah anda, sekurang-kurangnya ada satu produk keluaran Ikea.
Saya tertarik untuk eksplore satu topik yang berkaitan dengan Ikea.

Ya, macam mana nak buat duit dengan Ikea? Ada idea?
Pernah layari laman web Ikea?
Bagi yang tak tau, atau terlepas pandang ke... Ikea ni ada laman web dia sendiri.
Anda boleh layari https://www.ikea.com/my/en/
Menerusi laman web Ikea ini juga, anda boleh lihat senarai produk, ada katalog, ada cadangan untuk dekorasi, kalau nak buat tempahan produk juga boleh.
Namun begitu, saya beberapa kali nampak ada produk Ikea yang dijual di laman web selain Ikea.
Contohnya, di laman web Lazada!
Tak percaya? Boleh ke pautan ini untuk lihat barangan Ikea yang dijual di Lazada.
Dari segi harga, sudah tentu ada perbezaannya.
Boleh dapat dengan harga yang lebih murah kalau beli terus di Ikea, tapi nak jugak beli dekat laman web lain.
Kenapa ya?